Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Guru, warga emas terima dos pertama
  • NASIONAL

Guru, warga emas terima dos pertama

Utusan Sarawak 4 years ago

LABUAN, 19 April -- Warga emas Hassanuddin Abdullah, 83, menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech oleh vaksinator kesihatan dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Labuan di Pusat Vaksinasi Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan yang bermula hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

TERIMA SUNTIKAN… Warga emas Hassanuddin Abdullah, 83, menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech dalam Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Labuan bermula semalam.• Foto BERNAMA

   LABUAN: Lebih 1,000 guru bersama 182 warga emas di sini dijadualkan mendapat dos pertama vaksin mereka di bawah fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula di seluruh negara semalam.

Pemberian vaksinasi itu diadakan di dua pusat vaksinasi utama di sini iaitu Klinik Kesihatan Membedai dan Dewan Serbaguna Labuan Corporation dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr. Ismuni Bohari berkata, 10 saluran, lima untuk lelaki dan lima untuk wanita, telah dibuka di dewan serbaguna untuk menerima kumpulan pertama yang terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas, orang-orang rentan dengan masalah morbiditi serta orang kurang upaya (OKU).

“Kami telah membuat perancangan awal bagi fasa kedua program imunisasi ini untuk mengelak tempoh menunggu dan kesesakan yang tidak perlu.

  “Warga emas, terutama dengan masalah morbiditi, akan datang lebih awal dan tidak akan dibenarkan bergaul dengan penerima di bawah usia 60 tahun,” katanya, kepada Bernama di pusat vaksinasi dewan serbaguna itu.

Dr. Ismuni berkata, pusat vaksinasi dewan serbaguna itu mampu memberi suntikan kepada 680 individu setiap hari.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 70 pesakit berusia yang menjalani dialisis dan rawatan untuk penyakit lain di Hospital Nukleus Labuan akan menerima suntikan vaksin berkenaan di katil hospital mereka.

Labuan adalah antara yang terawal melaksanakan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Ia bermula pada 27 Februari, sehari selepas penerimaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech dari Kota Kinabalu melalui Terminal Feri Labuan.

  — Bernama

Continue Reading

Previous: Seorang lagi direman
Next: Wanita tertua di Malaysia sambut lebih 700 bayi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.