Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Guru tonggak reformasi pendidikan, tekankan STEM dan TVET
  • PENDIDIKAN

Guru tonggak reformasi pendidikan, tekankan STEM dan TVET

Utusan Sarawak 12 hours ago
KENANGAN…..Pengerusi Lembaga Pengurusan SK Bandaran Sibu No.2, Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming merakam kenangan bersama warga pendidik dan lembaga pengurusan sekolah SK Bandaran Sibu No.2 malam tadi. Foto: Akun Giman

SIBU: Tema Hari Guru 2025, “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”, menjadi dorongan untuk memperkukuh peranan pendidik sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar dan berkembang pesat.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandaran Sibu No.2, Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, tema ini menekankan transformasi peranan guru yang kini bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi peneraju kepada pendekatan pembelajaran berpusatkan murid sejajar dengan arus perubahan pendidikan yang dinamik.

Katanya, reformasi pendidikan menuntut peningkatan profesionalisme guru, penerapan subjek berasaskan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) penggunaan teknologi secara berkesan dalam bilik darjah serta usaha menangani isu keciciran pelajar.

“Guru merupakan tonggak utama dalam membimbing generasi muda menghadapi cabaran era digital,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Penghargaan SK Bandaran Sibu No.2, malam tadi.

Beliau mengakui bahawa pelaksanaan reformasi tersebut turut membawa cabaran tersendiri, termasuk keperluan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi serta menangani keperluan pelajar yang semakin pelbagai.

“Sebagai respons terhadap cabaran ini, pihak lembaga beriltizam untuk menaik taraf kemudahan sekolah, menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, moden dan kondusif bagi memastikan guru dan pelajar dapat berkembang secara menyeluruh,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada komuniti setempat atas sokongan berterusan serta dedikasi seluruh warga sekolah dalam merealisasikan visi pendidikan yang progresif.

“Dengan kerjasama semua pihak, saya percaya SK Bandaran Sibu No.2 akan terus maju dan menyumbang secara signifikan dalam menjayakan agenda reformasi pendidikan negara,” katanya.

Berucap sama pada majlis tersebut, Guru Besar SK Bandaran Sibu No.2, Vong Kiong Ming, menyatakan penghargaan kepada pengerusi lembaga atas pemberian angpau kepada para guru, yang dianggap bukan sekadar sokongan berbentuk material tetapi satu bentuk penghargaan yang menyuntik semangat warga pendidik.

“Hari Guru merupakan kesempatan untuk kita menghargai jasa dan pengorbanan guru. Terima kasih atas segala komitmen sepanjang tahun ini sama ada dalam bilik darjah mahupun urusan pentadbiran. Anda semua adalah teras kejayaan sekolah ini,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bandaran Sibu No.2, David Ngu.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan Sarawak perlu fokus ilmu, kreativiti, nilai masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.