Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen
  • MAHKAMAH

Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEKOLAH Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha. Foto fail BERNAMA

KOTA KINABALU: Bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa guru-guru sekolah berkenaan tertekan dan takut untuk keluar ke mana-mana susulan ‘serangan’ netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Asni Marjan, 56, berkata akibat kecaman dan ‘serangan’ itu, beberapa guru memadamkan akaun Facebook masing-masing dan ada yang berasa takut untuk pergi ke pusat beli-belah, kedai mahu pun ke pasar.

“Kami sudah lakukan yang terbaik. Dalam kalangan guru-guru, saya yang paling berusia di sekolah itu. Mereka memanggil saya ‘bapa’. Saya berperanan untuk membelai jiwa mereka. Hari-hari mereka berhadapan dengan netizen. Saya sentiasa memberi motivasi kepada mereka. Saya tak pernah menangis depan mereka… di sini saya nangis,” katanya sambil mengesat air mata.

Asni yang sejak Oktober lepas ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Papar berkata netizen membuat tuduhan tidak berasas, liar dan berunsur fitnah terhadap guru-guru sekolah berkenaan.

Saksi ke-57 itu yang akan bersara pada Januari tahun hadapan itu berkata demikian ketika disoal peguam Shahlan Jufry yang mewakili ibu Zara Qairina, di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Shahlan: Tuduhan-tuduhan itu telah menyebabkan emosi cikgu dan guru-guru lain tergganggu, selain membuat mereka berasa tertekan sehingga tidak mahu pergi ke pusat beli-belah atau ke kedai?

Asni: Betul

Shahan: Saya juga difahamkan bahawa ada pelajar yang tertekan kerana dilabelkan oleh netizen sebagai pembuli, malah ada individu yang menjerit ‘pembuli’ di luar kawasan sekolah. Betul, cikgu?

Asni: Betul

Shahlan: Cikgu, apa yang berlaku kepada Zara Qairina pada malam itu, adalah sama dengan apa yang cikgu dan rakan-rakan cikgu berhadapan, yang berbeza ialah netizen tidak berhadapan dengan pihak sekolah, tetapi Zara Qairina berhadapan dengan pelajar-pelajar senior pada malam tersebut. Lebih kurang sama kan, cikgu?

Asni: Saya tak pasti

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4.00 pagi 16 Julai.

Prosiding inkues bersambung.- Bernama

Continue Reading

Previous: Albert Tei didakwa lagi, beri suapan RM64,924 bagi kelulusan lesen mineral Sabah
Next: Inkues Zara Qairina, orang ramai diingatkan elak keluarkan komen – Koroner

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.