
SIBU: Seorang guru disahkan maut selepas dipercayai dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Deshon, semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar 7.53 malam.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dengan seorang pejalan kaki.
Katanya, akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu.
“Kemalangan berkenaan turut mengakibatkan kerosakkan pada bahagian hadapan kenderaan Toyota Hilux tersebut.
“Susulan kejadian, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Oleh Akun Giman