Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Guru maut dalam kemalangan di Mukah
  • KEMALANGAN

Guru maut dalam kemalangan di Mukah

Utusan Sarawak 2 years ago

MUKAH: Seorang guru sebuah sekolah menengah di sini maut setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tengah hari ini.

Mangsa, Abdul Malek Mahden yang beralamat di Kampung Kuala Lama memandu kereta  di Jalan Setia 2 semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias, berkata kemalangan kendiri itu berlaku pada sekitar jam 1.20 petang tadi.

“Kemalangan maut kendiri itu melibatkan  sebuah kereta yang dipandu mangsa bergerak dari arah Masjid Setia Raja menuju ke Simpang 4 Jalan Wawasan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila keretanya bergerak lurus dari arah Masjid Setia Raja menuju ke Simpang 4 Jalan Wawasan. 

“Ketika melalui Jalan Setia 2, dia hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan memasuki parit,” katanya.

Muhamad Rizal berkata Abdul Malek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Hospital Mukah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Oleh Henry B Siyu

Keterangan gambar

AMAT MENYEDIHKAN…suasana di tempat kejadian

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Remaja maut dalam kemalangan kendiri
Next: Rumah panjang di Bintulu terbakar, 200 penghuni hilang tempat tinggal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.