Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Guru disanjung, murid dihargai: Graduasi SJKC Min Syn Saratok 2025
  • Selatan
  • WILAYAH

Guru disanjung, murid dihargai: Graduasi SJKC Min Syn Saratok 2025

Utusan Sarawak 16 hours ago

Mohamad Duri semasa menyempurnakan Majlis Graduasi dan Anugerah Murid Cemerlang Sesi Persekolahan 2025 SJKC Min Syn Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Majlis Graduasi dan Anugerah Murid Cemerlang Sesi Persekolahan 2025 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Syn Saratok, hari ini, bukan sahaja meraikan pencapaian murid, malah memberi penghargaan khusus kepada para guru yang mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata majlis ini mengangkat martabat usaha dan pencapaian murid dalam pelbagai dimensi, termasuk akademik, sahsiah, dan penglibatan kokurikulum.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua murid yang menerima anugerah, termasuk mereka yang berjaya mewakili sekolah ke peringkat negeri dan kebangsaan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis tersebut hari ini.

Mohamad Duri semasa menyempurnakan Majlis Graduasi dan Anugerah Murid Cemerlang Sesi Persekolahan 2025 SJKC Min Syn Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Mohamad Duri menekankan bahawa kejayaan murid hadir hasil daripada sasaran yang jelas dan usaha tekun. Pada masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada murid-murid yang mungkin tidak menerima anugerah pada hari ini.

“Setiap usaha yang ikhlas akan membuahkan hasil. Teruskan membina keyakinan, memperbaiki kelemahan, dan memanfaatkan masa,” ujarnya.

Beliau turut memberi perhatian khusus kepada murid Tahun Enam yang bakal melangkah ke sekolah menengah, menekankan pentingnya kematangan, disiplin dan ketahanan diri serta mengingatkan murid agar bijak membuat keputusan dan memilih rakan yang membawa kebaikan.

Mohamad Duri semasa menyempurnakan Majlis Graduasi dan Anugerah Murid Cemerlang Sesi Persekolahan 2025 SJKC Min Syn Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Mohamad Duri turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga atas sokongan berterusan, menyeru agar rumah dan sekolah bergerak seiring demi melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang ilmunya, tetapi kukuh jati diri dan nilainya.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang. Tugas seorang guru bukan sekadar mengajar, tetapi membina insan, membentuk watak, memupuk nilai, dan membimbing masa depan,” tegas beliau.

Beliau menyambut baik usaha sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Lembaga Pengurus Sekolah dalam merancang program pembangunan murid, termasuk aktiviti akademik, sahsiah, kokurikulum, dan penambahbaikan kemudahan. 

Usaha ini, katanya, wajar diteruskan dan diperkasakan bagi memastikan sekolah terus menjadi pusat pembinaan ilmu dan sahsiah yang gemilang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kecemerlangan Pendidikan Islam dirai menerusi Majlis Khatam al-Quran dan Apresiasi
Next: 22 pintu Rumah Regina terima manfaat projek RTP di Sungai Selidap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.