Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Guru dilaporkan hilang ketika memukat ditemui lemas
  • WILAYAH

Guru dilaporkan hilang ketika memukat ditemui lemas

Utusan Sarawak 2 years ago

Mayat mangsa dibawa ke darat untuk tindakan lanjut.

JULAU: Pesara guru yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di Sungai Kanowit, Nanga Meluan pada petang Isnin lalu ditemukan lemas sekitar 11.26 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, mayat mangsa ditemukan terapung dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB).

Mangsa dikenali sebagai Arim Badok, 70, seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Turut berada di lolasi, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Julau dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei. 

Kejadian berlaku ketika mangsa dan rakan memasang pukat di tepi sungai, kelmarin sekitar 6.30 petang.

Menurut rakan mangsa yang juga saksi kejadian, kali terakhir melihat mangsa berpaut pada baldi pada anggaran jarak 30 meter daripada saksi sebelum dilaporkan hilang. 

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Adat Kelabit dirangka semula
Next: Saidah Saibi tekun pelajari seni sulaman keringkam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.