Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Guru besar tonggak kepimpinan pendidikan
  • PENDIDIKAN

Guru besar tonggak kepimpinan pendidikan

Utusan Sarawak 2 days ago
AHLI Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie menyempurnakan Majlis Apresiasi MGB Zon Lingga semalam. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie menzahirkan penghargaan terhadap peranan besar guru-guru besar sebagai tonggak kepimpinan pendidikan, penggerak perubahan dan pembentuk masa depan generasi muda.

Dalam ucapannya semasa menyempurnakan Majlis Apresiasi Majlis Guru Besar (MGB) Zon Lingga semalam, beliau berkata kerjaya sebagai pendidik adalah kerjaya yang sangat mulia dan penuh keikhlasan.

“Saya amat menghargai dedikasi para guru besar yang bukan sahaja menguruskan pentadbiran sekolah tetapi juga mencorak kepimpinan serta membentuk anak-anak kita menjadi insan berjaya. 

“Jasa guru besar, sama ada yang masih berkhidmat yang akan berpindah atau bersara, amat besar ertinya kepada masyarakat,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran dunia pendidikan masa kini, Doris mengakui persekitaran pendidikan semakin mencabar, namun beliau optimis iltizam guru-guru bersama sokongan masyarakat mampu melahirkan generasi berkualiti tinggi.

AHLI Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie menyempurnakan Majlis Apresiasi MGB Zon Lingga semalam. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman

“Kita semua mahukan anak-anak Sri Aman menjadi generasi berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing. Saya sebagai Ahli Parlimen Sri Aman akan terus mendukung usaha memperkukuh sistem pendidikan terutamanya di kawasan luar bandar,” jelasnya lagi.

Majlis turut meraikan guru besar dan penolong kanan yang bersara serta berpindah keluar dari Zon Lingga.

Sebagai tanda sokongan berterusan, beliau mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM8,000 kepada MGB Zon Lingga untuk aktiviti pendidikan.

Majlis yang berlangsung meriah itu turut diserikan dengan ucapan daripada Pengerusi MGB Zon Lingga merangkap Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Dahlan Ham yang turut mengucapkan terima kasih atas sokongan padu daripada Ahli Parlimen Sri Aman itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 10 ahli MKKS sertai kem pendidikan di Chengdu, China
Next: Pertandingan Bahasa Cina SJKC Sarikei serlahkan potensi akademik murid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.