Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Suami isteri ditemukan mati di Taman Mutiara, polis siasat unsur pembunuhan
  • KEMALANGAN

Suami isteri ditemukan mati di Taman Mutiara, polis siasat unsur pembunuhan

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENEMUAN mayat sepasang suami isteri yang dipercayai dibunuh di Taman Mutiara, Jalan Brayun, pagi tadi. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Suasana pagi di Taman Mutiara, Jalan Brayun dikejutkan dengan penemuan mayat sepasang suami isteri yang dipercayai dibunuh selepas ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan mengalami kecederaan serius, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan pasangan terbabit yang tidak sedarkan diri di sebuah rumah sekitar jam 6.55 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama pegawai perubatan Hospital Sri Aman segera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan awal.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa, masing-masing seorang lelaki berumur 45 tahun dan isterinya berusia 44 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

PENEMUAN mayat sepasang suami isteri yang dipercayai dibunuh di Taman Mutiara, Jalan Brayun, pagi tadi. Foto Adi Safarman

Beliau memaklumkan, pasangan yang merupakan penjawat awam itu ditemui dengan kecederaan parah pada badan, sekali gus menimbulkan syak bahawa mereka menjadi mangsa jenayah bunuh.

Polis tidak menolak kemungkinan pasangan berkenaan diserang oleh lebih daripada seorang individu dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian serta suspek terlibat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kes berkenaan kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Wanita Rusia maut insiden bot berlanggar berhampiran Pulau Phi Phi
Next: Seorang parah, seorang tidak sedarkan diri dalam kemalangan empat kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.