Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Guru bahasa Iban digalak kuasai AI
  • Tengah
  • WILAYAH

Guru bahasa Iban digalak kuasai AI

Utusan Sarawak 1 month ago
UNTUK ALBUM… (Dari kiri) Johnady Janton, Chambai Lindong, Ricky Adon Chuat dan Nicola Sigat bergambar bersama peserta Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Bagi Guru Bahasa Iban Negeri Sarawak 2025 di sebuah hotel terkemuka di Sibu, hari ini.

SIBU: Guru-guru bahasa Iban digalakkan menguasai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai pendekatan baharu dalam pengajaran bagi menarik minat pelajar serta memantapkan proses pembelajaran.

Pengerusi Persatuan Dayak Nasional Sarawak (SDNU) Cawangan Sibu, Chambai Lindong berkata penggunaan AI dalam bilik darjah merupakan bentuk revolusi yang memberi impak besar berbanding kaedah tradisional yang digunakan sebelum ini.

“Revolusi dalam kaedah pengajaran, khususnya dalam kalangan guru bahasa Iban, amat berbeza dengan zaman dahulu. 

“Kini, kita menggunakan teknologi dan perkara ini turut diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Bagi Guru Bahasa Iban Negeri Sarawak 2025 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu dengan kerjasama Biro Pendidikan SDNU Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Seramai 47 guru bahasa Iban, terdiri daripada 39 guru sekolah rendah dan lapan guru sekolah menengah dari seluruh Daerah Sibu, telah menyertai bengkel selama tiga hari itu.

Menurut Chambai, inisiatif berasaskan AI bukan sahaja membantu para guru menyampaikan pengajaran bahasa Iban dengan lebih berkesan, malah ia mampu memupuk minat mendalam dalam kalangan pelajar terhadap bahasa tersebut.

“AI merupakan pendekatan yang mampu menarik minat pelajar. Apa yang ingin kita sampaikan dalam pengajaran akan lebih mudah diterima kerana ia memberi kesan positif kepada mereka. Mereka seronok belajar dan kita juga seronok mengajar dengan kaedah baharu ini,” ujarnya. 

Sementara itu, beliau turut menyifatkan penggunaan teknologi sebagai satu langkah proaktif yang boleh meningkatkan motivasi pelajar dalam memupuk minat dan menguasai bahasa ibunda mereka, sekali gus memperluaskan penggunaan bahasa Iban di peringkat sekolah.

“Jika pelajar sudah gemar belajar bahasa Iban, maka usaha menyebarkan dan memperkukuhkan bahasa ini akan menjadi lebih berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, Chambai menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak agar bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam usaha membangunkan subjek tersebut, yang sedang berkembang dari semasa ke semasa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew yang telah menyalurkan dana bagi menjayakan program berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SDNU Sibu Johnady Janton, Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Ricky Adon Chuat dan Penolong Pengarah Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan KPM Nicola Sigat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program ‘Vision For Future’ hadiahkan cermin mata baharu kepada 91 pelajar
Next: Lebih 30 anggota PDRM sertai program kebaktian sempena Hari Polis di Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.