Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
  • GLOBAL

Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter

Utusan Sarawak 23 hours ago
GUNUNG Semeru memuntahkan abu setinggi kira-kira 700 meter dalam letusan awal pagi tadi di Lumajang, Jawa Timur.Foto ANTARA

LUMAJANG (Jawa Timur): Gunung Semeru, yang terletak di sempadan Lumajang dan Malang di Jawa Timur, Indonesia, meletus pada pagi tadi, menghamburkan material gunung berapi kira-kira 700 meter di atas puncaknya, lapor Agensi Berita ANTARA memetik pegawai.

“Letusan berlaku pada hari ini pada 7.14 pagi waktu tempatan, dengan julangan abu mencecah ketinggian 700 meter di atas puncak setinggi 4,376 meter itu,” kata pegawai pos pemerhatian Semeru, Sigit Rian Alfian.

Beliau menambah bahawa kepulan abu kelihatan berwarna putih hingga kelabu dan paling tebal ke arah barat laut. Letusan itu direkodkan oleh seismograf dengan amplitud maksimum 14 milimeter dan berlangsung sekitar 120 saat.

Semeru mencatat empat letusan pada Khamis, bermula pada 12.33 pagi waktu tempatan.

Julangan abu pertama mencapai 700 meter, diikuti 600 meter pada 5.19 pagi.

Letusan seterusnya berlaku pada 5.25 pagi dan 7.14 pagi, masing-masing mencapai sekitar 700 meter di atas puncak.

Gunung berapi itu kekal pada Tahap III (Awas). Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) telah mengeluarkan arahan keselamatan kepada penduduk.

Orang ramai dilarang memasuki sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam jarak 13 kilometer (km) dari puncak.

Di luar zon itu, penduduk mesti berada sekurang-kurangnya 500 meter dari tebing sungai di sepanjang Besuk Kobokan kerana potensi aliran piroklastik dan lahar yang boleh merebak sehingga 17km dari puncak.

Aktiviti juga dilarang dalam radius 5km dari kawah kerana risiko lontaran batu gunung berapi.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya terus berwaspada terhadap aliran piroklastik, runtuhan lava dan lahar di sepanjang sungai yang berpunca dari puncak, termasuk Besuk Kobokan, Besuk Bang, Besuk Kembar, Besuk Sat dan anak-anak sungai yang lebih kecil.

Gunung Semeru mempunyai rekod letusan berulang. Pada malam Khamis, 1 Januari 2026, letusan pada 6.37 petang waktu tempatan menghamburkan abu sekitar 900 meter di atas puncak, atau 4,576 meter dari paras laut.

Abu kelihatan putih hingga kelabu, paling tebal ke arah timur laut dan timur, dan direkodkan pada 23mm oleh seismograf, berlangsung selama 153 saat. Data menunjukkan Semeru meletus empat kali pada awal 2026, termasuk letusan pada 1.26 pagi apabila julangan abu mencapai sekitar 1,000 meter di atas puncak.- Bernama-ANTARA

Continue Reading

Previous: Penemuan fosil di Maghribi bongkar asal-usul homo sapiens di Afrika
Next: Kru-11 ISS kembali ke bumi lebih awal susulan masalah kesihatan angkasawan – NASA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.