Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Semeru meletus, hambur piroklas sejauh lima kilometer dari puncak
  • GLOBAL

Gunung Semeru meletus, hambur piroklas sejauh lima kilometer dari puncak

Utusan Sarawak 5 hours ago
AWAN panas Gunung Semeru kelihatan menjulang tinggi susulan letusan yang berlaku di Lumajang, Jawa Timur. Foto ANTARA

LUMAJANG (Indonesia): Gunung Semeru yang terletak di sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang, Jawa Timur, meletus malam tadi, mengeluarkan aliran piroklas sejauh sehingga lima kilometer (km) dari puncak, lapor agensi berita ANTARA.

“Gunung Semeru meletus pada 10.25 malam waktu tempatan. Letusan berupa aliran piroklas dengan jarak sekitar 5 km,” menurut petugas Pos Pemerhatian Gunung Semeru Sigit Rian Alfian, dalam laporan bertulis.

Lajur letusan, yang dikenali warga tempatan sebagai awan panas dilihat mencapai ketinggian sekitar 2,000 meter dari puncak, atau 5,676 meter dari paras laut.

Aktiviti terbaharu gunung berapi ini menyusuli tempoh peningkatan aktiviti Semeru yang aktif dengan kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Lajur abu diperhatikan berwarna putih hingga kelabu, dengan intensiti tebal menghala ke timur dan tenggara,” kata Alfian.

Letusan Gunung Semeru itu direkodkan oleh seismograf dengan amplitud maksimum 27 milimeter dan tempoh selama 696 saat.

Gunung Semeru kini kekal pada status amaran Tahap 3. Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar tidak menjalankan sebarang aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan, dalam lingkungan 13 km dari puncak.

Di luar jarak itu, orang ramai dilarang menjalankan aktiviti dalam lingkungan 500 meter dari tebing Sungai Besuk Kobokan berikutan risiko peluasan aliran piroklas dan lava, yang boleh mencapai sehingga 17 km dari puncak.

“Orang awam dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti dalam radius lima km dari kawah/puncak Gunung Semeru kerana risiko lontaran batu pijar,” katanya lagi.

Penduduk juga diberi amaran mengenai potensi aliran piroklas dan aliran lava yang bergerak melalui sungai dan lembah yang berpunca dari puncak Gunung Semeru, khususnya di Besuk Kobokan, Besuk Bang, Besuk Kembar dan Besuk Sat, termasuk anak sungai kecil Besuk Kobokan yang turut berkemungkinan terjejas oleh aliran lava.- Bernama-ANTARA

Continue Reading

Previous: Thailand kenakan perintah berkurung di Narathiwat susulan serangan bom terselaras
Next: Trump isytihar beliau sebagai Pemangku Presiden Venezuela di media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.