Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Semeru di Indonesia rekod 16 letusan dalam tempoh enam jam
  • GLOBAL

Gunung Semeru di Indonesia rekod 16 letusan dalam tempoh enam jam

Utusan Sarawak 2 hours ago
GUNUNG Semeru di Indonesia, yang terletak di sempadan Daerah Lumajang dan Malang di Jawa Timur, meletus pada awal pagi tadi.

JAKARTA: Gunung Semeru di Indonesia, yang terletak di sempadan Daerah Lumajang dan Malang di Jawa Timur, meletus pada awal pagi tadi dengan pihak berkuasa merekodkan 16 letusan dalam tempoh enam jam, sementara status amaran gunung berapi tersebut dikekalkan.

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Mukdas Sofian berkata letusan tersebut direkodkan antara 12.00 tengah malam dan 6.00 pagi waktu tempatan dengan tempoh letusan antara 92 hingga 164 saat, dan terus menunjukkan aktiviti.

Aktiviti seismik tambahan termasuk gempa vulkanik cetek dan dalam, serta gempa bumi tektonik jauh, yang menunjukkan pergerakan berterusan di bawah gunung berapi itu, katanya menurut Agensi Berita ANTARA.

Mukdas berkata Gunung Semeru kekal pada Tahap III (Siaga) dan penduduk dilarang memasuki kawasan dalam radius 13 kilometer di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan, manakala kawasan dalam jarak 500 meter dari tebing sungai turut dihadkan berikutan risiko aliran lava dan awan panas yang boleh mencecah sehingga 17 kilometer (km).

Tambah beliau, orang awam juga dilarang mendekati kawasan dalam radius lima kilometer dari kawah berikutan risiko lontaran batu pijar.

Sementara itu, Gunung Karangetang di Sulawesi Utara turut menunjukkan peningkatan aktiviti pada pagi Rabu, menurut Agensi Geologi.

Pemangku Ketua Agensi Geologi, Lana Saria berkata aliran lava pijar dan bunyi gemuruh telah diperhatikan, walaupun pergerakan lava yang menjangkau kira-kira 1.2km dari puncak tidak menunjukkan peningkatan ketara.

“Pagi ini, asap putih tebal diperhatikan di puncak kanan, manakala di puncak kiri, asap putih nipis hingga tebal kelihatan disertai dengan bunyi gemuruh sederhana,” katanya menurut agensi berita tersebut.

Beliau berkata pemantauan telah dipertingkatkan bagi menilai potensi risiko terhadap komuniti berhampiran.

Lana menggesa orang awam dan pelancong untuk terus berwaspada serta mematuhi saranan radius selamat yang telah ditetapkan, selain mengelak daripada melakukan aktiviti di kawasan kediaman yang termasuk dalam zon terdedah kepada aliran lava dan awan panas. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pertama dalam dekad: Wanita digigit serigala di Hamburg

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.