Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Semeru di Indonesia meletus enam kali, tahap amaran kekal tinggi
  • GLOBAL

Gunung Semeru di Indonesia meletus enam kali, tahap amaran kekal tinggi

Utusan Sarawak 9 hours ago
GUNUNG Semeru meletus dengan kepulan abu mencapai ketinggian sehingga 1,200 meter dari puncak. Foto AGENSI

ISTANBUL: Gunung Semeru di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak enam kali pada pagi tadi, dengan kepulan abu mencapai ketinggian sehingga 1,200 meter dari atas puncaknya, lapor Anadolu Ajansi.

Terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang, gunung berapi itu, yang berada dalam fasa aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kini berada pada status amaran Tahap III, menurut agensi berita kerajaan Indonesia, Antara News.

“Satu letusan berlaku pada 5.46 pagi waktu tempatan Ahad (2246 GMT Sabtu), dengan ketinggian kepulan awan mengandungi abu yang diperhatikan mencecah 1,200 meter dari puncak,” kata Liswanto, pegawai di Pos Pemerhatian Gunung Semeru di Lumajang.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan sebarang aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam radius 13 kilometer dari puncak.

“Orang ramai juga dilarang melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah berikutan risiko terkena lontaran batu,” tambah Liswanto.

Menurut data pemantauan, ketinggian kepulan awan mengandungi abu berbeza-beza antara 500 meter hingga 1,200 meter.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: 97 penerbangan dibatal, lebih 200 lagi lewat di Lapangan Terbang Delhi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.