Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Marapi di Indonesia meletus, abu selubungi sebahagian Sumatera Barat
  • GLOBAL

Gunung Marapi di Indonesia meletus, abu selubungi sebahagian Sumatera Barat

Utusan Sarawak 1 day ago
GUNUNG Marapi di Indonesia meletus awal pagi Selasa, memuntahkan abu tebal yang menyelubungi sebahagian kawasan di Sumatera Barat. Foto fail

JAKARTA: Gunung Marapi di Indonesia meletus awal pagi Selasa, memuntahkan abu tebal yang menyelubungi sebahagian kawasan di Sumatera Barat, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk dan pelawat supaya menjauhi kawasan berkenaan serta tidak melakukan sebarang aktiviti dalam radius tiga kilometer dari kawah utama yang dikenali sebagai Verbeek.

Letusan yang berlaku pada 3.52 pagi waktu tempatan itu direkodkan oleh Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi dengan tempoh gegaran selama satu minit 11 saat.

Debu tebal mengehadkan jarak penglihatan di sekitar kawah, namun abu dilaporkan tersebar ke arah timur laut hingga ke kawasan Batu Palano di daerah Agam. 

Menjelang 9.00 pagi, keadaan beransur reda walaupun jalan raya dan rumah penduduk masih dilitupi lapisan abu.

“Abu masih menyelubungi kawasan kawah tetapi beransur reda. Bagaimanapun, abu di jalan raya boleh berterbangan semula apabila kenderaan melalui kawasan itu,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Beliau menasihatkan penduduk supaya kekal berada di dalam rumah kecuali bagi urusan penting dan memaklumkan bahawa pihak berkuasa telah mengagihkan pelitup muka bagi mengelakkan masalah pernafasan.

Penduduk yang tinggal berhampiran sungai yang berpunca dari cerun gunung turut diingatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya aliran lahar, iaitu campuran lumpur, batu dan air hujan yang mengalir laju dari kawasan gunung berapi.

Gunung Marapi kini berada pada Tahap II atau status ‘Waspada’ iaitu tahap kedua daripada empat dalam sistem amaran gunung berapi Indonesia, menunjukkan aktiviti meningkat melebihi paras normal, namun tiada ancaman letusan besar dalam masa terdekat.

Tanda-tanda gangguan magmatik dan hidrotermal turut dikesan, namun risiko masih tertumpu di kawasan kawah dan gas beracun mungkin masih berbahaya, kata Abdul Muhari.

Gunung Marapi, antara gunung berapi paling aktif di Sumatera kali terakhir meletus pada Disember 2023, yang meragut lebih 20 nyawa pendaki.- Bernama

Continue Reading

Previous: Berlian 340 karat ditemukan di wilayah Arkhangelsk, Rusia
Next: Aceh promosi emas, minyak, gas pikat pelabur asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.