Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
  • GLOBAL

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi

Utusan Sarawak 13 hours ago

Gunung Lewotobi meletus memuntahkan abu gunung berapi, seperti yang dilihat dari Kampung Nobo di Flores Timur. - Foto AFP

JAKARTA: Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali, menyebabkan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi negara itu mengeluarkan amaran penerbangan tertinggi, lapor Xinhua.

Letusan terkuat berlaku pada jam 14.05 waktu tempatan, memuntahkan kepulan abu tebal setinggi 6,000 meter ke udara, semalam. 

Awan tebal berwarna kelabu bergerak ke arah utara, timur laut, barat dan barat laut dari kawah.

Pihak berkuasa menaikkan Notis Pemerhatian Gunung Berapi untuk Penerbangan (VONA) ke tahap merah, iaitu amaran tertinggi, menasihati pesawat supaya mengelak terbang di bawah paras 6,000 meter berhampiran gunung berapi itu disebabkan bahaya abu. 

Syarikat penerbangan turut diberi amaran mengenai potensi gangguan penerbangan akibat kepulan abu.

Bagi melindungi komuniti berhampiran, pihak berkuasa menetapkan zon bahaya sejauh enam kilometer dari kawah, melarang pelancong dan pengunjung daripada memasuki kawasan itu. 

Penduduk di lereng gunung turut diberi amaran mengenai kemungkinan berlaku lahar (aliran lumpur gunung berapi) yang dicetuskan oleh hujan lebat, kerana sungai dari puncak gunung boleh membawa serpihan.

Mereka yang berada di kawasan terjejas abu dinasihatkan memakai pelitup muka untuk mengurangkan risiko gangguan pernafasan akibat zarah di udara.

Pada ketinggian 1,584 meter, Gunung Lewotobi adalah satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia. –BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Joe Biden disahkan hidap kanser prostat agresif, merebak ke tulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.