Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Fuji dilitupi salji pertama musim ini
  • GLOBAL

Gunung Fuji dilitupi salji pertama musim ini

Utusan Sarawak 8 hours ago
GUNUNG Fuji.

KOFU (Jepun): Puncak Gunung Fuji, gunung tertinggi di Jepun diliputi salji buat kali pertama musim ini, iaitu 21 hari lewat daripada purata tahunan namun 15 hari lebih awal berbanding tahun lalu, lapor Agensi Berita Kyodo.

Seorang pegawai di Balai Pemerhati Kofu, Wilayah Yamanashi mengesahkan lapisan salji dilihat di puncak gunung setinggi 3,776 meter itu sekitar 6.00 pagi. 

Menurut balai berkenaan, salji terbentuk hasil kehadiran awan tebal dan udara sejuk di atas gunung sejak Rabu.

Suhu di kawasan berhampiran puncak dilaporkan menurun hingga paras – 6.4 darjah Celsius sekitar 1.00 pagi Khamis, berdasarkan data sistem pemerhatian Agensi Meteorologi Jepun.

Tahun lalu, gunung ikonik yang terletak di sempadan wilayah Shizuoka dan Yamanashi itu mula dilitupi salji pada 7 Nov, iaitu tarikh paling lewat direkodkan sejak pemerhatian bermula pada 1894. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Selepas banjir dahsyat, penduduk Sepanyol berjuang selamatkan foto kenangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.