Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung berapi Semeru, Indonesia meletus lagi
  • GLOBAL

Gunung berapi Semeru, Indonesia meletus lagi

Utusan Sarawak 2 hours ago
GUNUNG Semeru meletus sekali lagi semalam. Foto Nusantara News

JAKARTA: Gunung Semeru yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia, meletus sekali lagi semalam, memuntahkan awan panas besar ke udara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi.

Gunung berapi itu kekal pada amaran Tahap 3, iaitu tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat negara itu.

Letusan pada 5.30 petang waktu tempatan menghasilkan abu setinggi kira-kira 2,000 meter di atas kawah, dengan kepulan tebal berwarna kelabu bergerak ke arah timur laut dan timur. Seismograf merekodkan kejadian itu berlangsung lebih tujuh minit.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan segera dilaporkan, namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa pengumpulan material gunung berapi di cerun boleh mencetuskan aliran puing atau lahar sekiranya hujan lebat berlaku.

Kejadian ini menyusuli aktiviti pada Isnin yang menyaksikan beberapa letusan berasingan direkodkan. – Bernama 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bekalan minyak Filipina mencukupi untuk 50 hari, stok penimbal tiba bulan ini
Next: Pengeluaran minyak OPEC terendah dalam empat dekad pada Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.