Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung berapi Klyuchevskoy di Rusia mula meletus
  • GLOBAL

Gunung berapi Klyuchevskoy di Rusia mula meletus

Utusan Sarawak 21 hours ago
GUNUNG berapi Klyuchevskoy di Semenanjung Kamchatka, Rusia, mula meletus susulan gempa bumi kuat. Foto Sputnik/X.

KAMCHATKA: Gunung berapi Klyuchevskoy di Semenanjung Kamchatka, Rusia, mula meletus pada malam ini susulan gempa bumi kuat yang berlaku di luar pesisir Semenanjung Kamchatka negara itu.

Lava dilaporkan mula mengalir dari gunung berapi aktif terbesar di hemisfera utara itu.

Perkhidmatan Geofizik Bersatu di bawah Akademi Sains Rusia dalam satu hantaran di Telegram memaklumkan, “Aliran lava yang sangat panas dikesan di cerun barat. Cahaya terang kelihatan di atas gunung berapi, disertai letupan.”

Gunung Klyuchevskoy, yang terletak di wilayah Kamchatka, berketinggian 4,750 meter (15,584 kaki) kali terakhir meletus pada 2023.

Menurut cawangan Kamchatka bagi perkhidmatan geofizik Akademi Sains Rusia, pemerhati turut melaporkan letupan serta aliran lava yang jelas kelihatan di bahagian barat gunung berapi itu.

Para saintis telah menjangkakan letusan ini sejak beberapa minggu lalu, dengan menyatakan bahawa kawah gunung berapi tersebut semakin dipenuhi lava, selain turut mengeluarkan kepulan abu.

Kamchatka, yang sering digelar sebagai ‘tanah api dan ais’, merupakan salah satu kawasan gunung berapi paling aktif secara seismik di dunia, dengan sekitar 300 gunung berapi termasuk 29 daripadanya masih aktif, menurut NASA Earth Observatory.

Continue Reading

Previous: Tsunami melanda Jepun, seorang wanita maut ketika cuba selamatkan diri
Next: Jepun negara terkini tarik balik amaran tsunami

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.