Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung berapi Kilauea di Hawaii letuskan pancutan lava, tertinggi capai 370 meter – USGS
  • GLOBAL

Gunung berapi Kilauea di Hawaii letuskan pancutan lava, tertinggi capai 370 meter – USGS

Utusan Sarawak 13 hours ago
GUNUNG berapi Kilauea di Hawaii meletus dengan pancuran lava. Foto AGENSI

MOSCOW: Gunung berapi Kilauea di Hawaii, dalam episod ke-38 letusannya, melepaskan pancutan lava setinggi kira-kira 370 meter dan, buat pertama kali dalam fasa letusan semasa, mengeluarkan tiga pancutan lava yang hampir sama saiz, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) hari ini, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Ketiga-tiga lohong kini memancutkan lava. Pancutan dari lohong selatan mencapai hampir 1,200 kaki (370 meter) tinggi, manakala lohong utara menunjukkan penurunan ketara daripada maksimum awal 500 kaki (150 meter). Sebelum lohong selatan menjadi dominan, terdapat tiga pancutan lava bersaiz hampir sama, sekitar 500 kaki (150 meter) – dua dari lohong utara dan satu dari lohong selatan.

Paparan tiga pancutan ini merupakan kejadian yang sangat jarang berlaku, dan ini adalah kali pertama ia diperhatikan dalam letusan semasa,” menurut USGS.

Kilauea merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di dunia. Ia terletak di pantai tenggara Pulau Hawaii.- Bernama-Sputnik/Ria Novosti

Continue Reading

Previous: Robot kuda bercakap akan dijual di Jepun pada 2035
Next: Pelumba McLaren Lando Norris rangkul kejuaraan dunia Formula Satu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.