Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung berapi hambur abu setinggi tujuh kilometer di Kamchatka
  • GLOBAL

Gunung berapi hambur abu setinggi tujuh kilometer di Kamchatka

Utusan Sarawak 15 hours ago

VLADIVOSTOK:  Gunung berapi Klyuchevskoy di Semenanjung Kamchatka, Rusia meletus dan memuntahkan asap serta abu setinggi tujuh kilometer ke udara pada Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

“Tiada penempatan di laluan debu, dan tiada debu jatuh direkodkan di kawasan berpenduduk. “Tiada kumpulan pelancong berdaftar dilaporkan berada berhampiran kawasan gunung berapi ketika kejadian berlaku,” kata Kementerian Situasi Kecemasan Kamchatka di saluran Telegramnya.

Susulan letusan itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran kod jingga, menunjukkan kebarangkalian tinggi pelepasan debu dan potensi bahaya terhadap penerbangan, memandangkan abu bergerak ke arah tenggara menuju Lautan Pasifik.

Letusan dikatakan semakin aktif sejak Isnin, menghamburkan empat kepulan debu berasingan dari Klyuchevskoy, termasuk satu daripadanya mencapai ketinggian 9 kilometer dari paras laut.

Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa beberapa gunung berapi aktif lain di rantau berkenaan masih berpotensi menghamburkan abu setinggi enam hingga 10 kilometer.

Penduduk serta pelancong dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan dalam radius 10 kilometer dari mana-mana gunung berapi aktif.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Stella Rimington ketua pengarah wanita pertama M15 meninggal dunia
Next: Jepun catat suhu tertinggi baharu 41.8°C

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.