
GUNUNG berapi di Kamchatka Rusia mengeluarkan abu sehingga 9.2 km tinggi.
VLADIVOSTOK (Rusia): Gunung berapi Kronotsky di Semenanjung Kamchatka, Rusia, memuntahkan abu sehingga mencapai ketinggian 9.2 kilometer dari aras laut pada Sabtu, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Kejadian berlaku pada 11.50 pagi waktu tempatan (11.50 malam GMT Jumaat), dengan kepulan abu merebak sejauh kira-kira 85 kilometer ke arah selatan dan tenggara gunung berapi berkenaan, menurut Pasukan Tindak Balas Letusan Gunung Berapi Kamchatka di saluran Telegramnya.
Kod merah penerbangan telah dikeluarkan, menandakan tahap bahaya tinggi kepada trafik udara tempatan dan antarabangsa.
Gunung berapi Kronotsky terletak kira-kira 225 kilometer dari ibu wilayah Petropavlovsk-Kamchatsky dan 10 kilometer di timur Tasik Kronotskoye.- Bernama-Xinhua