
BEKENU: Seramai 100 pelajar berpeluang menikmati perkhidmatan gunting rambut percuma melalui Program Sentuhan Prihatin – Program Bergunting Rambut Percuma Sempena Awal Persekolahan Sesi 2026 pada 10 Januari depan.
Program yang berlangsung di Arena Sibuti, akan bermula dari 9.00 pagi hingga 3.00 petang juga merupakan anjuran oleh Wanita, Pemuda dan Sayap Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N71 Bekenu.
Program tersebut sebagai salah satu inisiatif kebajikan komuniti setempat, khususnya bagi membantu ibubapa membuat persiapan awal persekolahan anak-anak.
Menurut penganjur, program ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan keluarga, malah sebagai platform mendekati masyarakat serta menyemai semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat.
Penyertaan adalah terhad kepada 100 terawal, dan orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan terus menghubungi pautan WhatsApp yang disediakan di www.wasap.my/60136867515/GuntingRambutPelajarPercuma.
Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada golongan sasaran serta diteruskan pada masa hadapan sebagai sokongan berterusan kepada komuniti di kawasan Bekenu.
Oleh Adum Liu