Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Guna veto, AS dijangka halang undi gencatan senjata Gaza
  • GLOBAL

Guna veto, AS dijangka halang undi gencatan senjata Gaza

Utusan Sarawak 2 days ago

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

WASHINGTON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melakukan undian, hari ini, terhadap resolusi yang menyeru kepada gencatan senjata dan akses kemanusiaan tanpa sekatan di Gaza.

Langkah itu bagaimanapun dijangka digagalkan oleh veto dari Amerika Syarikat (AS).

Undian itu adalah yang pertama oleh badan 15 anggota itu sejak November, apabila AS, sekutu utama Israel turut memveto teks yang menyeru penamatan pertempuran.

Resolusi baharu itu, menuntut satu gencatan senjata serta-merta, tanpa syarat dan kekal di Gaza yang dihormati oleh semua pihak.

Ia juga menyeru kepada pembebasan serta-merta, bermaruah dan tanpa syarat semua tebusan yang ditahan oleh Hamas dan kumpulan lain.

Dengan menekankan situasi kemanusiaan yang amat buruk di wilayah Palestin itu, resolusi berkenaan turut menuntut supaya semua sekatan ke atas kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dihentikan.

Undian dijadualkan berlangsung pada jam 4 petang hari ini, namun beberapa diplomat memberitahu bahawa mereka menjangkakan AS akan menggunakan kuasa vetonya.

Mereka menambah bahawa wakil dari 10 anggota bukan tetap Majlis, yang akan membentangkan teks resolusi itu sudah cuba berunding dengan pihak Amerika namun tidak berjaya.

Israel berdepan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk menamatkan perangnya di Gaza.

Tekanan itu semakin meningkat susulan pengagihan bantuan yang tidak lancar di Gaza dan disekat oleh Israel selama lebih dua bulan sebelum membenarkan sejumlah kecil kenderaan PBB memasuki wilayah tersebut pada pertengahan Mei lalu.

Bagaimanapun menurut PBB, jumlah itu tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kemanusiaan yang mendesak.

Usaha bantuan yang disokong AS, yang dikenali sebagai Dana Kemanusiaan Gaza, turut menerima kritikan kerana dikatakan bertentangan dengan prinsip bantuan kemanusiaan apabila ia menyelaraskan bantuan dengan pihak tentera yang terbabit dalam konflik.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour, semalam, menggesa Majlis Keselamatan untuk bertindak.

“Kita semua akan dihakimi oleh sejarah, mengenai sejauh mana usaha kita untuk menghentikan jenayah terhadap rakyat Palestin ini,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Musk dan Trump mula berbalah, kecam rang undang-undang cukaiĀ 
Next: Lee Jae-myung Presiden Korea Selatan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.