Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Guna teknologi Jepun perkembangkan aktiviti teknologi hijau
  • TEMPATAN

Guna teknologi Jepun perkembangkan aktiviti teknologi hijau

Utusan Sarawak 2 years ago

KUNJUNGAN HORMAT… Takahashi Katsuhiko melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak akan menjadi pusat perkembangan aktiviti teknologi hijau dengan menggunakan teknologi dari Jepun.

Duta Besar Jepun Ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko berkata, ini memandangkan wilayah ini  paling aktif dalam aktiviti pembangunan teknologi hijau. 

“Usaha pembangunan teknologi hijau ini akan memberi manfaat dari aspek keselamatan tenaga, makanan dan alam sekitar,” katanya  ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Takahashi berkata, kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas sokongan yang diberikan sempena pembukaan ‘Chitoce Carbon Capture Central.’

“Projek ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan daripada Premier Sarawak,” katanya.

Beliau mengulas lanjut, sehingga kini terdapat 30 syarikat Jepun beroperasi di negeri ini termasuk Chitoce Carbon Capture Central yang merupakan sebuah projek kerjasama antara Jepun dengan Sarawak. 

Dalam perkembangan lain jelasnya, kunjungan hormat itu turut membincangkan perkara berkaitan dengan gas asli cecair (LNG) di mana beliau berharap jalinan kerjasama ini diteruskan kerana Jepun merupakan antara negara yang mengimport LNG dari Sarawak. 

Dalam pada itu, Takahashi berharap agar lawatan beliau kali ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara Jepun dengan Sarawak terutamanya dalam bidang perniagaan.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: KPDN Sarawak jamin bekalan makanan cukup menjelang Aidilfitri
Next: Pemilik anjing di Sarawak perlu dapatkan lesen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.