Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Guna saluran tepat kemuka sebarang permohonan, cadangan
  • WILAYAH

Guna saluran tepat kemuka sebarang permohonan, cadangan

Utusan Sarawak 12 months ago
TAHNIAH… Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab menyampaikan hadiah tiket bertuah kepada pemenang pada Majlis Pengerami Hari Gawai 2024 bertempat di Dewan Masyarakat Sebayang, semalam.

TANJUNG MANIS: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab menyeru penduduk rumah panjang di kawasan Parlimen Tanjong Manis supaya menggunakan saluran yang tepat bagi menyalurkan sebarang permohonan atau cadangan.

Katanya, saluran tersebut adalah melalui tuai rumah atau penghulu yang telah dilantik untuk mewakili mereka.

“Melalui pendekatan ini, setiap permohonan dan cadangan akan dapat diterima wakil rakyat dan dipertimbangkan untuk diluluskan, sekiranya benar-benar layak dan perlu dilaksanakan.

“Sehingga kini, pelbagai projek telah dilaksanakan di kawasan rumah panjang dari kedua-dua wakil rakyat yang memberi kemudahan kepada semua.

“Sehubungan itu, perpaduan dan kesejahteraan perlu dikekalkan bagi memudahkan kami (wakil rakyat) merancang pembangunan yang akan memberi kemudahan kepada masyarakat sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat,” katanya.

UNTUK ALBUM… Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab bergambar bersama penduduk rumah panjang di Majlis Pengerami Hari Gawai 2024 bertempat di Dewan Masyarakat Sebayang, semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pengerami Hari Gawai 2024 bertempat di Dewan Masyarakat Sebayang, semalam.

Dalam pada itu, katanya, melalui peruntukan yang disediakan oleh kerajaan, beliau bertekad membawa lebih banyak projek untuk penduduk di kawasan Parlimen Tanjong Manis.

“Peruntukan ini bukan hanya dari Kerajaan Persekutuan seperti projek Projek Mesra Rakyat (PMR) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP), tetapi juga Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin (PPRMS) dari kerajaan Sarawak.

“Projek ini diagihkan secara adil dan sama rata kerana kawasan yang lain dalam Parlimen Tanjong Manis juga perlu dibangunkan,” katanya.

Sehubungan itu, Yusuf berharap semua penduduk rumah panjang di kawasan Parlimen Tanjong Manis sentiasa bersabar untuk menunggu projek tersebut di kawasan mereka.

Turut diadakan di majlis tersebut ialah cabutan tiket bertuah.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Peruntukan MRP RM167,000 untuk DUN Tamin
Next: Penduduk digalak sertai pelbagai kursus berkaitan pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.