Guna hanya 18 minit tenangkan penghuni rumah cemas

Facebook
WhatsApp
BERJAYA DITANGKAP… Ular berjaya ditangkap oleh anggota bomba menggunakan alat penjerut ular. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Penghuni salah sebuah rumah di Jalan Meranti cemas apabila terlihat seekor ular dalam kabinet dapur rumahnya. 

Risau dengan keselamatan diri dan keluarga, dia menghubungi pihak bomba untuk bantuan menangkap ular. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 2.30 petang, semalam. 

“Tiga anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan untuk bantuan menangkap ular. 

“Setibanya di lokasi, anggota bomba menjalankan operasi menangkap ular,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, ular ditangkap dalam tempoh lebih kurang 18 minit. 

“Anggota bomba berjaya menangkap ular menggunakan alat penjerut ular. 

“Ular dilepaskan semula ke habitat asal di hutan berhampiran. 

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 2.55 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem