Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Gudang ‘sorok’ diesel kantoi, 800 liter dirampas
  • JENAYAH

Gudang ‘sorok’ diesel kantoi, 800 liter dirampas

Utusan Sarawak 7 hours ago
DISITA…Sebuah gudang menyimpan sekitar 800 liter minyak diesel yang disyaki barang kawalan tanpa sebarang permit atau kebenaran daripada Pengawal Bekalan disita untuk tindakan lanjut.

MIRI: Taktik menyimpan minyak diesel secara haram dalam sebuah gudang di Senadin di sini terbongkar apabila premis itu diserbu dalam operasi penguatkuasaan, semalam.

Serbuan itu susulan maklumat dan tindakan awal Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak sebelum kes diserahkan kepada Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri untuk siasatan lanjut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KPDN Cawangan Miri pemeriksaan mendapati premis terbabit menyimpan sekitar 800 liter minyak diesel yang disyaki barang kawalan tanpa sebarang permit atau kebenaran daripada Pengawal Bekalan.

DISITA...Sebuah gudang menyimpan sekitar 800 liter minyak diesel yang disyaki barang kawalan tanpa sebarang permit atau kebenaran daripada Pengawal Bekalan disita untuk tindakan lanjut.

“Kes dihasilkan di bawah Ops Tiris 4.0 dan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan,” menurut kenyataan itu.

Kes turut dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menjalankan urus niaga borong atau runcit tanpa lesen sah.

Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan berulang, denda boleh mencecah RM3 juta atau penjara lima tahun.

Bagi syarikat pula, denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan dan meningkat sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya.

Dalam masa sama, KPDN Cawangan Miri menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan melalui saluran rasmi yang disediakan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan kes curi besi di Bintulu
Next: Kes dadah: 30 kes dibicarakan di Mahkamah Majistret Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.