Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Gudang simpan perabot hampir terbakar, bomba bertindak pantas di Sibu
  • KEBAKARAN

Gudang simpan perabot hampir terbakar, bomba bertindak pantas di Sibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
PASUKAN BOMBA…..Menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran gudang penyimpanan perabot di Jalan Diong Kik, malam tadi. -Foto JBPM Zon Sibu.

SIBU: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan sebuah gudang penyimpanan perabot daripada musnah dalam kebakaran di Jalan Diong Kik, malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.25 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan balai bantuan BBP Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran.

“Setelah menjalankan size-up di lokasi, kebakaran dilaporkan adalah di luar bangunan gudang di bawah bumbung yang bersambung dengan blok gudang tersebut.

“Peratusan kawasan yang terbakar lebih kurang 23 peratus dari keseluruhan bangunan tersebut sedang marak terbakar. Binaan gudang tersebut adalah jenis kekal (konkrit) dua tingkat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, semasa tindakan overhaul di laksanakan, pam jentera telah mengalami kerosakan di mana tindakan susulan dengan menggunakan pam angkut sehingga overhaul selesai. 

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah memasang sawar-sawar. Operasi mengawal dan kebakaran tamat pada 3.00 pagi,” jelas beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas pemilik rumah cegah kebakaran daripada merebak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.