Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Guardiola dakwa kejayaan Man City ‘walaupun’ keputusan pengadil
  • SUKAN

Guardiola dakwa kejayaan Man City ‘walaupun’ keputusan pengadil

Utusan Sarawak 7 hours ago

Pep Guardiola meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadil selepas Manchester City menewaskan Wolves 2-0. Foto AFP

MANCHESTER: Pep Guardiola mendakwa kejayaan Manchester City dicapai walaupun berdepan keputusan pengadil yang sering tidak memihak kepada pasukannya, susulan kemenangan 2-0 ke atas Wolves, awal pagi tadi.

City dinafikan sepakan penalti pada separuh masa pertama apabila pengadil Farai Hallam, yang mengendalikan perlawanan Liga Perdana Inggeris pertamanya, mengekalkan keputusan awal tidak menghadiahkan penalti bagi insiden bola terkena tangan Yerson Mosquera, meskipun diminta menyemak oleh VAR.

Guardiola turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap insiden minggu lalu ketika City tewas 0-2 kepada Manchester United, apabila Diogo Dalot terlepas hukuman kad merah walaupun kakinya mengenai lutut Jeremy Doku pada awal perlawanan.

Bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu sudah memenangi enam gelaran Liga Perdana dalam sembilan musim penuhnya di England. 

Namun, City terjejas teruk akibat kecederaan musim lalu ketika Liverpool merangkul kejuaraan, dan musim ini mereka ketinggalan empat mata di belakang Arsenal di puncak liga.

“Dalam dua musim kebelakangan ini, saya rasa seolah-olah kami tidak mempunyai pemain. Itu satu-satunya penyesalan saya,” kata Guardiola.

“Saya mahu ada pemain untuk melawan semua itu (keputusan pengadil). Mereka (City) menang walaupun berdepan situasi tersebut.

“Pengadil membuat debut yang besar. Sekarang semua orang akan mengenalinya. Saya fikir ini kali pertama mereka pergi ke TV dan tidak memberikan penalti.”

Keputusan Guardiola merehatkan Erling Haaland membuahkan hasil apabila Omar Marmoush mengambil peluang dengan menjaringkan gol pembukaan. 

Antoine Semenyo kemudian menambah jaringan, gol ketiganya sejak menyertai City dari Bournemouth awal bulan ini.

Marc Guehi turut membuat penampilan sulung bersama City di posisi pertahanan tengah selepas menyempurnakan perpindahannya dari Crystal Palace.

Guardiola yakin Guehi dan Semenyo akan memberi impak besar pada separuh kedua musim ini, dengan City masih bersaing dalam empat kejohanan.

“Mereka pemain yang sudah siap,” tambah Guardiola.

“Antoine datang dengan tenaga luar biasa dan penyerang dinilai melalui angka. Sejak tiba, dia sangat mengagumkan.

“Marc pula, semua orang tahu kualitinya. Fokusnya mengingatkan saya kepada Ruben Dias ketika mula datang. Dengan bola, dia sangat tenang.

“Dia pada usia yang sempurna dan merupakan pelaburan untuk jangka panjang. Dia pemain yang boleh dipercayai.” – AFP

Continue Reading

Previous: Bournemouth tamatkan rekod tanpa kalah Liverpool, tekanan ke atas Slot makin memuncak
Next: Pemain Liverpool keletihan punca kalah, kata Slot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.