Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Guardian Malaysia lancar rangkaian produk penjagaan kulit dermatologi dari China, Korea
  • BISNES

Guardian Malaysia lancar rangkaian produk penjagaan kulit dermatologi dari China, Korea

Utusan Sarawak 7 hours ago
GUARDIAN Malaysia lancar rangkaian produk penjagaan kulit dermatologi dari China, Korea. Foto agensi

KUALA LUMPUR: Guardian Malaysia secara rasmi melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit dermatologi dari China dan Korea di Asian Derma Concourse di Sunway Pyramid, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pakar penjagaan kulit terkemuka negara.

Cawangan runcit farmaseutikal itu memaklumkan rangkaian berkenaan termasuklah jenama utama pasaran seperti Winona, Pyunkang Yul, APLB, 377 Sightfuture, Proya, Chando dan HBN, yang kebanyakannya boleh didapati secara eksklusif di guardian.

“Pembeli menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap produk penjagaan kulit buatan Asia berikutan isu kulit yang berkait dengan iklim. Inilah yang menjadi ‘topik hangat’, khususnya semasa gelombang haba berterusan ketika ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan setiap jenama memenuhi piawaian kelayakan dermatologi guardian dan menawarkan formulasi khusus untuk kulit sensitif, kawalan jerawat, pencerahan kulit, pemulihan lapisan pelindung kulit, antipenuaan dan kawalan melanin.

“Produk berkenaan dirumus atau dibangunkan dengan konsultasi pakar dematologi dan disokong oleh ujian klinikal yang ketat serta ujian keberkesanan bahan dalam iklim serantau,” menurut kenyataan itu. 

Pengarah Urusan Guardian Malaysia, Priscilla Wu berkata, jenama yang dipilih memberikan tumpuan kepada isu utama seperti ekzema, jerawat dan hiperpigmentasi.

“Rakyat Malaysia kini boleh mengakses formulasi yang sebahagiannya menggabungkan pendekatan ‘yin’ dan ‘yang’, iaitu herba dan saintifik, dibangunkan khusus dengan mengambil kira masalah kulit Asia,” katanya.

Beliau berkata dengan struktur kulit Asia, fisiologi dan solekan pigmentasi yang unik, berserta dengan iklim ekstrem yang dialami di sini, tidak hairanlah pengguna mendapat banyak manfaat daripada jenama penjagaan kulit dermatologi Asia.

“Dengan jenama penjagaan kulit Made-for-me ini, keperluan pengguna yang mencari jenama penjagaan kulit dermatologi Asia terbaik yang tidak dipenuhi sebelum ini telah berlalu. Kami adalah yang pertama mengumpulkan rangkaian produk di bawah satu bumbung, dengan jenama terkemuka China dan Korea menyertai jenama Jepun di outlet,” katanya.

Sementara itu, dalam usaha meningkatkan kepakaran profesional, guardian Malaysia turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Beliau berkata, MoU dengan MPS itu meliputi usaha kerjasama dalam program latihan profesional berfokuskan dermatologi dan memperkukuh komitmen guardian sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai, disokong oleh lebih 100 ahli farmasi pakar dermatologi dan 600 penasihat dermatologi di cawangan.

Pelanggan, katanya, digalakkan menggunakan alat penilai kesihatan kulit yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan, bersama dengan sesi penilaian kulit oleh petugas guardian yang diperakui. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Petronas Dagangan perkukuh komitmen jamin bekalan bahan api negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.