Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • GSF: Tahap keselamatan KLIA terkawal, 30 anggota ditugaskan pastikan kelancaran
  • NASIONAL

GSF: Tahap keselamatan KLIA terkawal, 30 anggota ditugaskan pastikan kelancaran

Utusan Sarawak 1 day ago
SUASANA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 apabila ratusan pendukung Palestin, termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), berhimpun bagi menyambut kepulangan 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla pada 2 Okt lepas. Foto Bernama

SEPANG: Tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini terkawal biarpun lebih 100 orang berkumpul bagi meraikan ketibaan 23 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) malam ini. 

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari’at berkata lebih 30 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan terminal berkenaan.

Beliau berkata anggota itu ditugaskan bagi mengawal orang ramai dan keselamatan terminal.

“Orang ramai mula membanjiri KLIA sejak 7 malam tadi dan ketika ini lebih 100 orang berada di ruang balai ketibaan.

“Kita menjangkakan lebih ramai akan hadir untuk berkumpul di aras tiga terminal bagi meraikan ketibaan sukarelawan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini malam ini.

SUASANA penuh emosi menyelubungi perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 apabila ratusan pendukung Palestin, termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), berhimpun bagi menyambut kepulangan 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla pada 2 Okt lepas. Foto Bernama

Tinjauan Bernama mendapati beberapa ruang disediakan bagi memisahkan kedudukan orang ramai, ahli keluarga dan pengamal media.

Difahamkan, ruang itu disediakan bagi memastikan kelancaran sambutan ketibaan aktivis berkenaan yang dijangka sampai sekitar 10 malam ini.

Lebih 50 pengamal media terdiri daripada wartawan dan jurugambar pelbagai agensi mula berkumpul bagi melaporkan detik ketibaan aktivis berkenaan.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Belanjawan 2026 diharap terus sokong penggiat seni tradisional
Next: 23 sukarelawan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) Malaysia selamat tiba di tanah air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.