Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • GSF: 23 aktivis Malaysia dijangka tiba 10.00 malam ini – Nadir Al-Nuri
  • NASIONAL

GSF: 23 aktivis Malaysia dijangka tiba 10.00 malam ini – Nadir Al-Nuri

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman pada Sidang Media Peluncuran dan Taklimat Konvoi Sumud Nusantara hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka tiba di tanah air pada 10.00 malam ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

“Malam esok, Rabu kita bersolidariti sekali lagi di Axiata Arena jam 6 petang. Saya dan rakan-rakan nak sampaikan mandat dan pesan dua tahun G (Gaza) dibantai badai genosid.

“Ya, hari ini 7 Oktober bermakna sudah dua tahun mereka dibunuh. Ini bukan tentang kami, ia tentang mereka. Kami hanya menumpangkan semangat dan suara agar kita terus bertindak tanpa teragak, peduli tanpa henti. Ia tentang mereka,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kesemuanya akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Khamis lepas, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah di Laut Mediterranean sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.

Kesemua mereka dilapor dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada 6.45 petang waktu Malaysia pada Sabtu, sebelum tiba di Istanbul pada 8.40 malam waktu Malaysia.

Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Turut ditahan, Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan luaskan manfaat BUDI95 kepada 31,000 penerima baharu
Next: Kerajaan cadang naikkan cukai vape daripada 40 sen kepada RM4 per mililiter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.