Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Greenland: AS pertimbang pelbagai opsyen, termasuk ketenteraan – Rumah Putih
  • GLOBAL

Greenland: AS pertimbang pelbagai opsyen, termasuk ketenteraan – Rumah Putih

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR fail bongkah ais yang terapung di perairan disinari matahari, dengan struktur bangunan kelihatan di kejauhan berhampiran Nuuk, Greenland, pada 11 Mac 2025. Foto AFP

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang membincangkan “pelbagai opsyen” bagi memperoleh Greenland, termasuk menggunakan ketenteraan AS, menurut Rumah Putih pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Presiden Trump telah menyatakan dengan jelas bahawa pemerolehan Greenland merupakan keutamaan keselamatan negara Amerika Syarikat, dan ia penting untuk menghalang musuh-musuh kami di rantau Artik,” kata jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, sebagai menjawab pertanyaan Anadolu.

“Presiden dan pasukannya sedang membincangkan pelbagai pilihan untuk mencapai matlamat dasar luar yang penting ini, dan sudah tentu, penggunaan ketenteraan AS sentiasa merupakan satu opsyen di bawah kuasa Panglima Tertinggi,” tambahnya.

PANDANGAN udara ini menunjukkan bangunan bersalji di Nuuk, Greenland, pada 7 Mac 2025. Foto AFP

Kenyataan itu dibuat susulan cadangan berulang kali oleh Trump untuk memperoleh pulau berkenaan atas kepentingan strategik.

Sehari selepas operasi ketenteraan AS di Venezuela yang menyaksikan penangkapan Presiden Nicolas Maduro, Trump pada Ahad sekali lagi memperbaharui gesaannya untuk mengambil alih Greenland atas kepentingan “keselamatan negara”.

“Kami memerlukan Greenland dari sudut keselamatan negara, dan Denmark tidak akan mampu melaksanakannya,” katanya ketika ditanya mengenai sebarang kemungkinan tindakan AS terhadap Greenland.

Greenland merupakan wilayah autonomi dalam Kerajaan Denmark dan berulang kali menolak cadangan yang menyarankan sebarang pemindahan kedaulatan kepada AS.

Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen, telah menggesa Trump supaya “menghentikan ancaman” berkenaan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
Next: Gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda perairan selatan Filipina, tiada amaran tsunami

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.