Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Grasshopper Cup: Sivasangari tewaskan Amina untuk layak ke perlawanan akhir
  • SUKAN

Grasshopper Cup: Sivasangari tewaskan Amina untuk layak ke perlawanan akhir

Utusan Sarawak 5 hours ago
SIVASANGARI semasa suku akhir Kejohanan Skuasy Dunia 2024-2025 di Chicago, Amerika Syarikat.

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari, menampilkan permainan cemerlang ketika menentang pemain Mesir Amina Orfi untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Grasshopper Cup 2026 di Zurich, Switzerland hari ini.

Pemain ranking keenam dunia dan pilihan ketiga kejohanan itu, memaksa pemain pilihan utama tersebut bekerja keras dalam aksi sengit selama 81 minit di Zurich Main Station.

Sivasangari menang set pertama 11-7, namun tewas pada dua set berikutnya 5-11, 8-11, sebelum bangkit dengan penuh semangat untuk memastikan kemenangan 11-9, 11-5.

Kemenangan itu merupakan kejayaan kedua beliau ke atas pemain Mesir berusia 18 tahun itu dalam sembilan pertemuan antara mereka.

Pemain berusia 27 tahun itu kini berhasrat untuk memperbaiki pencapaiannya tahun lepas, selepas muncul naib juara kepada Nouran Gohar dari Mesir dalam kejohanan yang sama.

Beliau akan berdepan pemain pilihan kedua Jepun Satomi Watanabe, dalam perlawanan akhir. – Bernama

Continue Reading

Previous: Piala Thomas: Zii Jia lebih teruja hadapi detik penentu
Next: Usia hanyalah angka, semua tentang mentaliti dan hati – Azizulhasni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.