Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Graduan IPS digalak jana pendapatan sendiri, bukan harap pekerjaan
  • PENDIDIKAN

Graduan IPS digalak jana pendapatan sendiri, bukan harap pekerjaan

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berucap pada Majlis Konvokesyen ke-20 IPS di sini, hari ini. Foto Amanda L

KUCHING: Kerajaan Sarawak menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus graduan Institut Pertanian Sarawak (IPS) menceburi bidang keusahawanan, berbanding hanya empat peratus setakat ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, langkah itu menepati hala tuju kerajaan negeri untuk meningkatkan bilangan agropreneur belia yang berpotensi meningkatkan pendapatan sendiri serta memperkukuh ekonomi pertanian.

“IPS bukan sekadar tempat melatih pelajar menjadi pekerja, tetapi institusi yang mengasuh mereka menjadi pencipta peluang ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen ke-20 IPS di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan perubahan tidak akan berlaku selagi graduan terus bergantung kepada pekerjaan, tanpa berusaha memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh.

“Perubahan minda dalam kalangan generasi muda amat penting bagi merealisasikan visi transformasi pertanian Sarawak,” tambahnya.

Pada majlis berkenaan, seramai 116 graduan diraikan, terdiri daripada 92 graduan Sijil Pertanian dan 24 graduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Dalam program Sijil Pertanian IPS, 27 graduan menamatkan pengkhususan dalam Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan, diikuti 27 dalam Pengurusan Ternakan, 25 dalam Pengurusan Estet dan 13 dalam Teknologi Memproses Hasil Pertanian.

Sementara itu, kesemua 24 graduan SKM menamatkan pengajian mereka dalam SKM Tahap 3 Operasi Pengeluaran Tanaman.

IPS telah melahirkan seramai 2,223 graduan dalam pelbagai bidang pertanian sejak mula beroperasi pada 1985.

Oleh Amanda L

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Graduan digalak manfaatkan ilmu sumbang transformasi Sarawak – Uggah
Next: Sarawak perlu lebih penyelidik pertanian untuk perkukuh hasil pengeluaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.