Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Grace Wong sambar emas, pecah rekod temasya empat kali
  • SUKAN

Grace Wong sambar emas, pecah rekod temasya empat kali

Utusan Sarawak 2 hours ago
JAGUH baling tukul besi wanita negara Grace Wong Xiu Mei raih emas, cipta rekod temasya dengan catatan 65.41 meter (m) sempena Sukan SEA di Suphachalasai Stadium, National Stadium, Bangkok hari ini. Foto BERNAMA

BANGKOK: Jaguh baling tukul besi negara Grace Wong Xiu Mei menampilkan aksi luar biasa apabila memenangi pingat emas dan membaharui rekod temasya sebanyak empat kali dalam satu pertandingan pada aksi Sukan SEA Thailand 2025, di sini hari ini.

Dalam saingan di Stadium Suphachalasai, Grace memulakan aksi dengan balingan sejauh 63.34 meter (m) untuk memadam rekod temasya miliknya 61.87m yang dicipta pada edisi 2023 di Kemboja.

Atlet kelahiran Sarawak itu kemudian mencipta rekod baharu temasya dan memadam rekod kebangsaan 63.53m yang dilakukannya pada kejohanan Olahraga Malaysia di Kangar, Perlis, Ogos lepas setelah melakukan 63.83m dalam balingan kedua.

AKSI jaguh baling tukul besi, Grace Wong. Foto BERNAMA

Percubaan ketiga beliau menghadiahkan satu lagi rekod temasya dan kebangsaan dengan catatan 65.09m sebelum Grace melengkapkan dominasi dengan lontaran keempat 65.41m untuk sekali lagi membaharui kedua-dua rekod itu dan membantunya mengesahkan kilauan emas.

Beliau menutup dua lagi balingan dengan catatan 64.01m dan 64.42m, menjadikan keseluruhan empat rekod temasya dan tiga rekod kebangsaan berjaya diperbaharu dalam tempoh kurang sejam saingan, selain menghadiahkan emas pertama buat kem olahraga di sini.

Sementara itu, pingat perak menjadi milik wakil Thailand Koomphon Mingkamon dengan lontaran 60.74m sementara rakan senegaranya Kaewasuksri Sawitree meraih gangsa selepas mencatat 56.27m.

Sebagai rekod, kemenangan ini merupakan emas keempat Grace dalam acara baling tukul besi pada Sukan SEA selepas meraihnya pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, edisi 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA 2025: Danish tidak menghampakan, sambar gangsa 100m lelaki
Next: Pengalaman Sukan SEA 2025 di Thailand jadi panduan persediaan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.