TELANG USAN : Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata, pembinaan Dewan Masyarakat di Daleh Long Pelutan @ Long Miri menunjukkan bahawa kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengabaikan keperluan penduduk di pedalaman.
Pembinaan dewan tersebut bernilai RM430,000 di bawah Projek Transformasai Luar Bandar (RTP) 2020 satu lagi kemudahan asas untuk memudahkan penduduk menjalankan aktiviti mereka.
Dennis dalam ucapan perasmian dewan tersebut semalam merakamkan terima kasih kepada Ketua Kampung Tugang Pahang dan semua komuniti Daleh Long Pelutan atas kerjasama baik serta sokongan semasa proses pembinaan dewan berkenaan.
Katanya dengan wujudnya fasiliti ini maka banyak lagi aktiviti dapat dijalankan seperti aktiviti sukan, keagamaan, aktiviti kerajaan dan banyak lagi.
Dennis teruja dengan peranan golongan belia di kampung itu kerana katanya, belia di kampung tersebut sudah mulai membuat perancangan untuk membuat gelanggang badaminton di dewan berkenaan.
Ini usaha yang baik dan dengan adanya Dewan Masyarakat tersebut maka ia boleh merapatkan perpaduan dan setia kawan antara satu dengan yang lain.
Dalam pada itu menurut Dennis, lebih 200 projek rakyat telah dilaksanakan di sini sejak dipimpin Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem sejak 2015 di bawah kerajaan Barisan Nasiona (BN) dan sekarang diteruskan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Antara projek dilaksanakan ialah dewan masyarakat, jalan kampung, projek perparitan, gelanggang sukan,, menaik taraf rumah ibadat dan banyak lagi.
Katanya, pelaksanaan projek rakyat tersebut telah memberi manfaat kepada 88 buah kampung di seluruh kawasan Telang Usan.
Sehubungan itu Dennis menyeru komunti di kawasan beliau meneruskan sokongan kepada kerajaan GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari yang telah banyak membawa projek pembanguan di kawasan luar bandar.
Tegasnya belanjawaan 2022 yang telah diumumkan Ketua Menteri baru-baru ini sekali lagi memperlihatkan belanjawan berkenaan banyak disalurkan ke kawasan pedalaman untuk melaksanakan Projek RTP.
“Maka kita harus mengekalkan seorang pemimpin seperti ini dan memberi sokongan kepadanya kerana kita masih lagi memerlukan landskap pembanguanan di luar bandar seperti kawasan Telang Usan,” katanya.
Pada majlis tersebut Dennis mengumumkan peruntukan MRP sebanyak RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daleh Long Pelutan @Long Miri, masing-masing RM10,000 kepada JKKK Uma Bawang Kanan dan Uma Bawang Kiri dan RM10,000 kepada Persatuan Belia Daleh Long Pelutan untuk keguanaan membina gelanggang sepak takraw secara bergotong-royong.
Oleh JIKU JUGUONG