Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • GPS terus pacu pembangunan Sarawak melalui kestabilan politik dan perpaduan kaum.
  • Utara
  • WILAYAH

GPS terus pacu pembangunan Sarawak melalui kestabilan politik dan perpaduan kaum.

Utusan Sarawak 2 hours ago
SEMANGAT GPS…Dr Abdul Rahman bersama penduduk rumah panjang melaungkan kata-kata semangat untuk terus pertahankan GPS.  

LIMBANG: Kestabilan politik di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan keharmonian rakyatnya adalah asas utama yang memacu pembangunan berterusan Sarawak.

Malahan melalui inisiatif kukuh dan pendekatan inklusif mampu dilaksana sempurna dalam usaha memajukan negeri ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, kestabilan yang ada membolehkan kerajaan negeri merancang serta melaksanakan pelbagai agenda pembangunan secara berterusan.

SAMPAI AMANAT… Dr Abdul Rahman menyampaikan ucapan dalam ruai rumah penjang yang dipenuhi warganya.

Keadaan ini katanya, memberi ruang kepada pimpinan negeri untuk memberi fokus sepenuhnya kepada ekonomi, infrastruktur, dan hak-hak Sarawak.

“Kestabilan politik di bawah kepimpinan GPS merupakan faktor utama yang menyokong pelaksanaan pelbagai agenda pembangunan negeri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PENUH ADAT…Dr Abdul Rahman diarak ke setiap pintu di rumah panjang.

Terdahulu beliau turut mengadakan Program Lawatan Pra Gawai yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Kota di Rumah Rumpang, Kampung Merasam Darat.

Seterusnya kerajaan Sarawak sedang mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur utama, termasuk pembinaan 21 jambatan dengan nilai keseluruhan RM20 bilion di Sarawak, di samping projek Rangkaian Jalan Sarawak Sabah (SSLR) yang dijangka memperkukuh jaringan perhubungan darat antara Sabah dan Sarawak.

DISAMBUT MESRA… Tuai Rumah Rumpang Bali menyambut mesra dan penuh kesyukuran atas kehadiran Dr Abdul Rahman.

Beliau turut mengalakkan penduduk setempat  untuk menceburi bidang pertanian komersial seperti penanaman padi, durian dan nanas, selaras dengan aspirasi menjadikan Sarawak sebagai pengeluar makanan utama negara.

Katanya lagi kerajaan juga kekal komited dalam menangani isu-isu sosial serta penyelesaian tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) melalui pendekatan rundingan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 25 penghuni Rumah Rentap sertai kempen keselamatan kebakaran
Next: KPD Lawas santuni pesara bekas polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.