Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS perlu capai kesepakatan menangi PRN-12
  • TEMPATAN

GPS perlu capai kesepakatan menangi PRN-12

Utusan Sarawak 5 years ago
ALBUM… Dr. Sim Kui Hian (duduk, empat kanan) merakam gambar kenangan bersama ahli majlis MDLBS, semalam.

SIBU: Ahli parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) diingatkan supaya tidak merosakkan semangat perpaduan dan konsensus mengenai pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) akan datang.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, GPS memerlukan kata sepakat dan kesatuan untuk memenangi pilihan raya negeri.

Katanya lagi, harus ada mekanisme yang tepat untuk menentukan pembahagian kerusi untuk komponen-komponen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

“GPS perlu mempunyai kesatuan yang kuat. Mereka yang pernah mencadangkan (championing) (diri sendiri) adalah mereka yang mencari perhatian, kerana ada mekanisme untuk kita bincangkan (pembahagian kerusi),” katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai cadangan calon yang layak bertanding di kerusi Dudong pada PRN-12 akan datang.

Beliau ditemui pada Majlis Angkat Sumpah Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) yang baharu, Wong Ching Yong di Dewan Perpustakaan Awam Sibu di sini, semalam.

Beliau juga berkata bahawa GPS sebelum ini menyatakan bahawa calon pilihan raya mestilah penduduk tempatan.

“GPS pada masa lalu selalu mengatakan bahawa sangat mencabar bagi perwakilan untuk berkhidmat di dua kawasan berbeza.

“Wakil rakyat seharusnya sentiasa ada untuk rakyat di kawasan mereka,” katanya.

Dr Sim juga mengatakan bahawa dia telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Presiden GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai calon SUPP yang akan bertanding.

Oleh Nurzilla Mohamad

Continue Reading

Previous: Lapan dicaj dari HUS
Next: Saringan wajib masuk Sarawak dilanjutkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.