Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • GPS pastikan pendidikan percuma 2026, sediakan bantuan komprehensif untuk pelajar Sarawak
  • WILAYAH

GPS pastikan pendidikan percuma 2026, sediakan bantuan komprehensif untuk pelajar Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
TAHNIAH… Gapor Ahmad telah mewakili ADUN Kalaka merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang 2025 Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Entebu Saratok, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus menegaskan komitmen mereka dalam menyediakan bantuan pendidikan khas untuk anak-anak Sarawak yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti secara percuma milik Sarawak pada tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, bantuan tersebut termasuk pemberian komputer riba dan wang saku sebanyak RM1,200 setahun, bagi meringankan beban pelajar serta keluarga.

Menurut beliau, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan semua pelajar mendapat peluang sama rata dalam menimba ilmu dan meningkatkan pencapaian akademik.

“Pelbagai program dan inisiatif disediakan untuk pelajar anak Sarawak supaya mereka dapat merebut peluang sepenuhnya, seterusnya melahirkan modal insan berdaya saing,” katanya.

TAHNIAH… Gapor Ahmad telah mewakili ADUN Kalaka merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang 2025 Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Entebu Saratok, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad telah mewakili ADUN Kalaka merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang 2025 Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Entebu Saratok, hari ini.

Mohamad Duri menjelaskan, matlamat jangka panjang adalah melahirkan pemimpin pelapis yang berjati diri, beradab, dan mempunyai sahsiah tinggi, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negeri Sarawak secara menyeluruh.

Tahniah dan syabas diberikan kepada Guru Besar SK Sungai Entebu, Asagap Ali Hasan serta seluruh warga sekolah atas penganjuran majlis yang penuh bermakna ini. Majlis tersebut diyakini dapat membangkitkan semangat murid-murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan di masa depan.

Antara anugerah yang diberikan kepada pelajar dan guru pada majlis tersebut termasuk Anugerah Nilai Murni Murid Prasekolah, Anugerah Tokoh Murid Prasekolah, Anugerah Sahsiah Terbaik Setiap Kelas, Sijil Tamat Prasekolah.

Selain itu Anugerah SSDM Terbaik Kategori Murid, Sijil Pengawas Akademik, Anugerah SSDM Terbaik Kategori Guru/AKP, Anugerah Kehadiran Terbaik Sepanjang Tahun, serta pelbagai anugerah lain berkaitan pencapaian akademik, kokurikulum, dan penglibatan pelajar dalam asrama dan aktiviti sekolah.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuai Rumah David Lakon, Tuai Rumah Anau, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Kalaka, Harjam Jemain, serta tetamu jemputan lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KMKK Sebetan perkukuh perpaduan melalui Majlis Merarau Pra-Krismas 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.