Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS komited, prihatin bantu rakyat
  • TEMPATAN

GPS komited, prihatin bantu rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago
KAGUM… Dato’ Sri Fatimah Abdullah kagum dengan hasil tangan yang dipamerkan.

TATAU: Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) prihatin dalam memastikan anak Sarawak memastikan anak-anak mempunyai simpanan untuk pendidikan dan masa depan.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak- Kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, Endowment Fund Sarawak (EFS) disediakan oleh kerajaan untuk setiap anak Sarawak yang baharu dilahirkan bermula pada 2019.

“Kerajaan kita, adalah kerajaan yang komited dan mempunyai pengalaman, kita menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Randau Kesejahteraan Komuniti Daerah Tatau Tahun 2020 bertempat di Dewan Sukan, Tatau semalam.

Menurutnya, pada tahun 2019 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi 40,000  anak Sarawak yang dilahirkan pada tahun tahun tersebut.

“Bermula pada tahun 2020 Bantuan Ibu Bersalin (BIB)  juga diberikan kepada ibu ibu yang bersalin dengan kadar bantuan sebanyak RM450,” katanya.

Sehubungan itu katanya, Geran Tahunan Khas (IPAKK) juga disediakan untuk semua IPAKK yang berdaftar termasuk Kenyalang Gold (KGC) dan Bantuan Ihsan Kematian(KIK).

“Bantuan Pesakit Buah Pinggang seperti pemasangan Aeteriovenous Fistula (AVF) secara one off iaitu maksimum RM3,000 bagi seorang pesakit, Suntikan Eryhropoietin maksimum RM240 sebulan untuk seorang pesakit, rawatan hemodialis maksimum RM200 untuk seorang pesakit bagi sesi rawatan atau RM2,400 sebulan dan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) maksimum RM2,800 sebulan untuk seorang pesakit sekiranya tiada slot untuk rawatan hemodialis,” ujarnya.

Selain itu katanya, kementerian turut memberikan kemudahan Geran Usahawan  JKWS  bantuan ini adalah bernilai RM2,000.00 bagi setiap usahawan.

“Pada tahun ini sebanyak 832 permohonan Bantuan Ihsan BIK diterima oleh kementerian,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi jamina  bahawa bantuan bantuan tersebut akan diteruskan sekiranya GPS diberi mandat untuk memerintah negeri ini.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Pakej rangsangan ekonomi tambahan diperlukan
Next: S’wak tuntut kredit karbon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.