DALAT: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Perikatan Nasional(PN) sangat komited untuk melaksana program pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.
Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah kerajaan sedia ada mempunyai halatuju yang jelas.
“Kerajaan GPS+PN sangat komited dan mempunyai halatuju yang jelas untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.
Tambahnya, perkara itu diterjemahkan melalui projek yang telah diluluskan serta bantuan, termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk rakyat.
Beliau berkata demikian pada Program Ziarah Kampung N.56 yang diadakan di Kampung Sungai Ud, Kpg Sungai Ud Hilir dan Kampung Seberang Dalat, di sini Rabu lepas .
Dan dia menamakan bantuan yang sangat dekat di hati masyarakat iaitu Program Bantuan Baikpulih Rumah di setiap 82 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.
“Dengan itu, di DUN Dalat ini telah ditubuhkan satu Jawatankuasa Projek Baik Pulih Rumah (MRP-PPRMS ) Daerah Dalat bagi memastikan sekurang-kurangnya sebuah rumah yang layak di setiap kampung,” ujarnya.
Menyentuh mengenai program Ziarah Kampung, Fatimah, menyatakan semangat terhadap GPS kelihatan berkobar-kobar dan mengharapkan senario berkenaan akan berterusan.
“Undi lah GPS bukan hanya untuk kesejahteraan diri akan tetapi juga untuk masa depan anak-anak kita,” kata dia lagi.
Sempena dengan program tersebut Fatimah telah melawat serta merasmi beberapa projek yang telah siap di Kampung Sungai Ud, Dalat dan di Kpg Seberang.
Antaranya ialah merasmi projek Bina Baru Titian Belian dan Pontoon Waf menuju jalan utama Kampung Sungai Ud sepanjang 156 meter dengan kos RM50,000 menghubungkan sebanyak 8 buah rumah sekitarnya, projek Membina Jalan Titi dari jalan utama ke Pontoon Serahang Kampung Sungai Ud dengan kos RM20,000 dan projek Bina Baru Titi Belian ke rumah Nasib Damu, Kampung Seberang, Dalat dengan kos RM18,000
Dalam pada itu dia juga melawat keluarga mendiang Puan Sabang Malan (95 tahun) di Kampung Sungai Ud yang telah meninggal dunia Selasa lepas (1 September), melawat penerima Bantuan Baik Pulih Rumah( Rahani Umo, seorang ibu tunggal untuk membaik pulih atap, tiang, dinding, lantai dan tandas dengan kos RM15,000).
Seterusnya beliau juga mengadakan perjumpaan bersama Pemuda, Wanita, Bapa dan Beliawanis PBB dan Kampung Sungai Ud Hilir, Dalat dan ahli PBB Kpg. Seberang, Dalat di lokasi yang seterusnya.
Adalah difahamkan objektif program ini adalah untuk berkongsi tentang inisiatif Kerajaan Sarawak (GPS) melalui kementeriannya serta maklumat mengenai projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak sekitar DUN Dalat khususnya bagi Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Dalat.
Justeru pada program kali ini juga menyaksikan penyampaian Surat Kelulusan bagi lima permohonan projek pembangunan sekitar Kampung Sungai Ud berjumlah keseluruhan RM120,000, penyampaian Surat Kelulusan bagi tiga permohonan projek pembangunan sekitar Kampung Sungai Ud Hilir berjumlah keseluruhan RM99,500, penyampaian Cek bagi Bantuan Baik Pullih Rumah kepada dua penerima bagi Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir.
Ia disusuili dengan penyerahan senarai daftar pengundi bagi Kampung Sungai Ud Dalat kepada Ketua Ranting Kampung Sungai Ud dan Kampung Seberang.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Cawangan PBB Dalat, Sait Seman, Ketua Pergerakan Wanita PBB Dalat, Hatiah Sepawi, Penghulu Juhan Ilul, KK Morshidi, KK Dollah Mamat, KK Edward Ell, Ketua PBB Ranting Kpg Seberang, Awang Ghazali Awangku Innu, Ketua PBB Ranting Kampung Sungai Ud Azlan Abdullah dan Ketua Wanita PBB Ranting Kpg Seberang, Loritta Murni Sirat.
Oleh Henry B Siyu