Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS jauhkan diri – Karim
  • TEMPATAN

GPS jauhkan diri – Karim

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK Abdul Karim Rahman Hamzah

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil pendekatan untuk menjauhkan diri daripada terlibat dalam pertengkaran mengenai sempadan pilihan raya yang didakwa oleh Parti Islam Malaysia (PAS) tidak adil bagi negeri-negeri yang didominasi oleh orang Melayu.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia susulan daripada Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng telah menuduh gabungan parti politik GPS mengkhianati rakyat Sarawak kerana mendukung Perikatan Nasional (PN) yang turut menjalin kerjasama dengan parti Islamis tersebut.

“Pihak DAP dan PAS diingatkan supaya tidak melibatkan GPS di dalam pertengkaran mereka ini.

“Jangan melibatkan GPS dan parti-parti Borneo dalam pertengkaran anda,” katanya dalam kemaskini Facebooknya, semalam.

Beliau yang juga merupakan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menjelaskan bahawa, pertelingkahan antara dua parti itu dilatari kenyataan pemimpin PAS yang menganggap persempadanan pilihan raya ketika ini tidak adil bagi negeri-negeri yang didominasi kaum Melayu berdasarkan jumlah kerusi Parlimen yang mewakili Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang.

Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Khairuddin Aman Razali turut mencadangkan persempadanan semula supaya negeri-negeri tersebut diwakili dengan lebih baik di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Lim pula dilaporkan turut berkata cadangan tersebut bersifat aparteid dan menafikan hak orang bukan islam.

“Saya menolak untuk terlibat dalam pertikaman lidah tersebut kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kaedah tersendiri dalam menentukan persempadanan pilihan raya.

“Tak akan ada pandangan terpencil daripada pemimpin PAS yang boleh mengubah hakikat itu, dan Guan Eng tak perlu merendahkan dirinya untuk berdebat isu yang dia pun tahu terpencil dan tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Ikan bakar juadah popular bulan Ramadan
Next: KPDNKK tidak berkompromi isu kenaikan harga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.