Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS jaga kepentingan penduduk luar bandar
  • TEMPATAN

GPS jaga kepentingan penduduk luar bandar

Utusan Sarawak 4 years ago
DIRASMIKAN… Datu Penguang Manggil ditemani isteri, beliau Datin Monica Ukong menyempurnakan perasmian jeti dan pontoon di Rumah Aji Nawek, Tinjar, baru-baru ini.

MARUDI : Kerajaan yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan pelaksanaan projek rakyat demi kepentingan penduduk di kawasan luar bandar.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu  Penguang Manggil berkata,  kerajaan GPS tidak akan mengabaikan keperluan rakyat,  malah kerajaan berusaha untuk membawa perubahan dari segi pembangunan infrastruktur dan projek-projek rakyat yang lain melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana telah menitikberatkan keperluan penduduk di kawasan luar bandar serta berterima kasih atas sokongan rakyat kepada GPS.

Penguang berkata demikian ketika merasmikan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) iaitu jeti dan pontoon serta laluan pejalan kaki di Rumah Aji Nawek sert projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) Fasa 1 N76 di Rumah Aji Nawek Sungai Toyut, Bakong, semalam.

“Syukur kerana bekalan elektrik telah pun sampai ke rumah panjang ini dan liputan telekomunikasi juga stabil,” katanya.

Tegas Penguang,  projek bekalan elektrik, RES Fasa 1 mula dilaksanakan sejak dua tahun lepas dan projek ini akan memanfaatkan seluruh penduduk Tinjar apabila siap kelak.

Menurut Penguang, projek bekalan elektrik luar bandar masih dalam proses pelaksanaan secara berperingkat, ada yang sudah siap dan ada yang masih lagi dalam pelaksanaan.

Selain itu ujarnya,  jalan masuk dan kawasan rumah panjang Rumah Aji Nawek ini sudah dinaik taraf melalui projek rakyat di Marudi.

 “Walau bagaimanapun masih ada bahagian tertentu yang perlu dinaik taraf terutama jalan masuk ke rumah panjang berkenaan. Saya akan memastikan pembagunan akan diteruskan ke kawasan Marudi demi masa depan generasi dan anak-anak kita,” tambah beliau.

Beliau melahirkan rasa terharu di atas sokongan penduduk di sini kepada GPS dan berharap sokongan ini akan  diteruskan pada hari mengundi, 18 Disember ini nanti.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Kerusi Bidayuh dalam PRN Sarawak
Next: 22 projek bekalan air dilaksana di Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.