Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS berjaya tadbir Sarawak
  • TEMPATAN

GPS berjaya tadbir Sarawak

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING, 8 Dis — Petugas Gabungan Parti Sarawak (GPS), Alyssa Mona dan Sarimah Zulkifli menunjukkan buku manifesto GPS yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga merupakan Presiden GPS disini hari ini.— fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

MANIFESTO GPS … Petugas Gabungan Parti Sarawak (GPS), Alyssa Mona dan Sarimah Zulkifli menunjukkan buku manifesto GPS yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Presiden GPS di Kuching, malam tadi. • Foto BERNAMA

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mentadbir Sarawak mengikut acuan sendiri selain membuat keputusan tanpa merujuk mana-mana komponen parti di peringkat Persekutuan.

Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sepanjang 58 tahun merdeka melalui penubuhan Malaysia, Sarawak telah menempuh pelbagai pengalaman dalam perjalanan politik di peringkat negeri dan Persekutuan.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata pengalaman politik dalam tempoh lebih daripada setengah abad ini telah menjadikan Sarawak lebih matang.

“Susulan daripada krisis kepimpinan di peringkat Persekutuan pada 2018, kita telah mengambil langkah sangat drastik dan berani dengan menubuhkan GPS pada 12 Jun 2018.

“Sarawak memerlukan satu gabungan parti politik anak Sarawak yang kuat dan bersatu bagi berjuang membela nasib rakyat Sarawak tanpa dikawal dan dipengaruhi oleh parti-parti politik luar,” katanya semasa berucap melancarkan manifesto GPS bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 di sini, malam tadi.

GPS yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), malam ini memperkenalkan manifesto bertema ‘Menjamin Kestabilan, Kemakmuran dan Kegemilangan Sarawak’. 

“GPS adalah satu-satunya platform terbaik bagi rakyat Sarawak yang inginkan pembangunan yang berterusan dalam suasana politik yang stabil dan rakyat dapat hidup dengan harmoni, aman damai serta hormat menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Abang Johari berkata GPS telah menjalankan amanah untuk membawa pembangunan di Sarawak bagi meneruskan mandat yang telah diberikan rakyat dalam pilihan raya yang lepas.

Katanya GPS juga telah melaksanakan lebih 100 inisiatif ‘game changer’ untuk merancakkan pembangunan sosioekonomi Sarawak yang mendatangkan banyak manfaat kepada rakyat Sarawak.

Jelasnya antara projek-projek strategik berskala besar yang sedang dalam pelaksanaan termasuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 786 km dengan kos RM16.1 bilion yang dijadual siap pada 2023.

“GPS telah meletakkan asas pembangunan yang strategik untuk memastikan kemajuan berterusan Sarawak. Usaha membangunkan Sarawak hanya akan dapat direalisasikan sekiranya GPS terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan Sarawak melalui PRN Sarawak.

“Masa hadapan Sarawak terletak di tangan orang Sarawak. Kita membangunkan Sarawak dengan acuan sendiri dan hanya kita yang dapat memastikan kemakmuran dinikmati oleh orang Sarawak,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12. – Bernama

Continue Reading

Previous: GPS komited laksana setiap dasar
Next: Pembangkang hanya mampu kritik GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.