Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • GPS bayar pampasan tanah RM1.66 juta bagi projek naik taraf jalan RM15.9 juta di Betong
  • SEMASA

GPS bayar pampasan tanah RM1.66 juta bagi projek naik taraf jalan RM15.9 juta di Betong

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi projek menaik taraf Jalan Mara, Jalan Selangking, Nanga Sela dan Tanjung Paoh, dekat sini hari ini. Foto: Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong

BETONG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan sentiasa membayar pampasan sewajarnya kepada pemilik tanah yang terlibat dalam projek pembangunan, khususnya pembinaan dan menaik taraf jalan demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, penyerahan cek pampasan tanah bagi projek menaik taraf Jalan Mara, Jalan Selangking, Nanga Sela dan Tanjung Paoh membuktikan kerajaan tidak pernah “merampas” tanah rakyat seperti didakwa pihak tertentu, terutama menjelang pilihan raya negeri.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi projek menaik taraf Jalan Mara, Jalan Selangking, Nanga Sela dan Tanjung Paoh, dekat sini hari ini. Foto: Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong

“Apabila kerajaan memerlukan tanah untuk membina jalan, pampasan akan dibayar kepada tuan punya tanah. 

“Hari ini membuktikan perkara itu dengan jelas,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi projek berkenaan di sini, hari ini.

Projek menaik taraf jalan tersebut yang bernilai RM15.9 juta telah diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri pada 4 April 2022 dan kini dalam pelaksanaan bagi meningkatkan jaringan infrastruktur di kawasan berkenaan.

Memandangkan tanah terlibat adalah Tanah Rizab Komunal Bumiputera, proses pengambilan balik dibuat menggunakan Notis 6(4) di bawah Kanun Tanah Negeri mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi projek menaik taraf Jalan Mara, Jalan Selangking, Nanga Sela dan Tanjung Paoh, dekat sini hari ini. Foto: Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong

Pada majlis itu, seramai 41 penerima menerima cek pampasan secara simbolik melibatkan jumlah keseluruhan RM1,668,346.66.

Keluasan tanah yang terlibat adalah 14.81 hektar merangkumi 48 lot tanah.

Uggah turut merakamkan penghargaan kepada semua pemilik tanah yang memberikan kerjasama baik tanpa sebarang pertikaian, sekali gus memudahkan urusan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak serta Jabatan Kerja Raya Sarawak dalam melaksanakan projek tersebut demi kemudahan dan kesejahteraan rakyat luar bandar.

Turut hadir, Datin Amar Dato Doreen Mayang, Ahli Parlimen Betong Dato Dr Richard Rapu, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Roseline Mapong Sabai serta beberapa pegawai jabatan berkaitan.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi berkunjung ke KWC Fashion Wholesale
Next: ADUN Lingga tinjau projek RTP RM300,000 bina benteng hakisan di Rumah Waine

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.