Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • GP Miami ditangguhkan kerana ancaman ribut
  • SUKAN

GP Miami ditangguhkan kerana ancaman ribut

Utusan Sarawak 8 hours ago
GP Miami ditangguhkan kerana ancaman ribut. Foto hiasan.

MIAMI: Kejohanan perlumbaan motosikal Grand Prix Miami ditangguhkan selama tiga jam kerana hujan lebat dan ribut petir, lapor PA Media/dpa.

Berikutan perbincangan antara peneraju Formula 1, badan induk Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan penganjur perlumbaan, keputusan telah diambil untuk mengalihkan masa mula kepada 1.00 tengah hari atau 1300 waktu tempatan (1700 GMT).

FIA sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengenai bahaya hujan menjelang perlumbaan 57 pusingan pada hari ini dengan ramalan hujan melebihi 40 peratus.

Kenyataan F1 berbunyi: “Susulan perbincangan antara FIA, Pengurusan Formula One (FOM) dan penganjur Miami, keputusan telah diambil untuk mengalihkan permulaan Grand Prix Miami hari ini ke 1300 waktu tempatan di Miami berikutan ramalan cuaca yang dijangka membawa ribut dan hujan lebih lebat pada sebelah petang hampir dengan masa permulaan perlumbaan yang dirancang.

“Keputusan ini telah diambil untuk memastikan gangguan yang paling kurang terhadap perlumbaan, dan untuk memastikan peluang maksimum yang mungkin untuk melengkapkan Grand Prix dalam keadaan terbaik serta bagi mengutamakan keselamatan pemandu, peminat, pasukan dan kakitangan.” – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jonah pecah rekod kebangsaan lontar peluru
Next: Arsenal unggul enam mata, dua gol Gyokeres benam Fulham

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.