Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • GP Jerman: Hakim Danish tamatkan perlumbaan di tempat ke-12
  • SUKAN

GP Jerman: Hakim Danish tamatkan perlumbaan di tempat ke-12

Utusan Sarawak 2 hours ago
HAKIM Danish kini mengumpul 86 mata keseluruhan dan kekal di tangga ketujuh dalam kedudukan pelumba Moto3. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 di Grand Prix Jerman dan meraih empat mata kejuaraan.

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi yang memulakan perlumbaan dari petak ketiga itu, menamatkan perlumbaan 23 pusingan di Litar Sachsenring dengan catatan 33 minit 02.694 saat, iaitu 16.593 saat di belakang pemenang perlumbaan Brian Uriarte dari Red Bull KTM Ajo.

Uriarte menewaskan pendahulu keseluruhan kejuaraan Maximo Quiles dari CFMOTO Gaviota Aspar Team, dengan kelebihan 0.063 saat, manakala Matteo Bertelle dari Level UP-MTA menduduki tempat ketiga dengan ketinggalan 5.053 saat.

Hakim Danish kini mengumpul 86 mata keseluruhan dan kekal di tangga ketujuh dalam kedudukan pelumba Moto3.

Quiles terus mendahului carta kejuaraan dengan 231 mata, diikuti Uriarte dengan 127 mata, manakala pelumba Red Bull KTM Ajo Alex Carpe, berada di tempat ketiga dengan 126 mata. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Separuh akhir pertama Piala Dunia 2026: Pertembungan bakat muda Mbappe-Yamal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.