Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gotong-royong semarak sambutan Aidiladha di Sebuyau, 12 ekor lembu dikorbankan
  • Selatan
  • WILAYAH

Gotong-royong semarak sambutan Aidiladha di Sebuyau, 12 ekor lembu dikorbankan

Utusan Sarawak 14 hours ago
MAJLIS anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muflihin itu menyaksikan penyembelihan 12 ekor lembu korban hasil sumbangan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang juga ADUN Sebuyau Dato Sri Julaihi Narawi. -Foto UKAS

SEBUYAU: Suasana penuh semangat gotong-royong dan perpaduan jelas terpancar apabila lebih 30 penduduk Zon Sebuyau berganding bahu menjayakan ibadah korban sempena Aidiladha yang berlangsung di Masjid Al-Muflihin Daerah Sebuyau, hari ini.

Majlis anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muflihin itu menyaksikan penyembelihan 12 ekor lembu korban hasil sumbangan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang juga ADUN Sebuyau Dato Sri Julaihi Narawi.

Pelaksanaan ibadah korban secara bergotong-royong ini bukan sahaja mempereratkan hubungan sesama penduduk, malah memberi manfaat kepada 11 buah kampung di sekitar DUN Sebuyau seperti Kampung Lereng Bukit, Kampung Masjid, Kampung Jalan Sawmil, Kampung Baru dan Kampung Hulu.

Dato Sri Julaihi turut hadir menyaksikan penyembelihan serta menyertai proses melapah dan pengagihan daging korban bersama komuniti setempat bukti komitmen beliau terhadap nilai perpaduan dan kebersamaan rakyat.

“Sambutan Aidiladha ini bukan hanya tentang ibadah korban, tetapi juga platform untuk kita memperkukuh ikatan ukhuwah sesama masyarakat,” ujar beliau.

Keseluruhannya, sebanyak 26 ekor lembu telah disumbangkan oleh Dato Sri Julaihi bagi penduduk di DUN Sebuyau bagi memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada menerima manfaat Aidiladha tahun ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang, Pemanca Asli Yahya, Penghulu Abu Seman Suhaili serta barisan kepimpinan masyarakat tempatan. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kunjungan sempena Gawai eratkan silaturahim antara kaum di Ulu Dijih
Next: Sambutan Aidiladha di Masjid Darul Hijrah, Simunjan meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.